AMAUN BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2026 : CHECK JUMLAH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memasuki pembayaran FASA 3, dan akan mula disalurkan kepada penerima yang layak dengan amaun mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Berapakah amaun bayaran bantuan str? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN SKAS 2026 SEMAKAN
KADAR KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN STR
Jumlah Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM600 |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Bujang Berusia 21 – 59 tahun; Berusia 19 – 59 tahun (OKU) | Bayaran digantikan melalui Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan Melalui MyKad |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGAN | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|
| Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau | Bujang; atau | Bujang; atau |
| Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak) | Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) | Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
| Tiada Had Umur | Berumur 60 tahun dan ke atas | Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU) |
| Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah | Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah | Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
| Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual yang telah ditetapkan :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 & 30 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status Bayaran anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Maklumat Status Pembayaran STR akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026