ADAKAH ANDA LAYAK TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN ? : SEMAK STATUS SEKARANG
Penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 membolehkan semua penerima membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar di seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
Bagaimanakah semak status adakah anda layak terima bantuan dalam mykad rm200 setiap bulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2025 RM2100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KADAR BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | LULUS STR (BERSTATUS EKASIH) | LULUS STR SAHAJA (BUKAN EKASIH) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
MANFAAT BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (IC) setiap bulan, membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan persekolahan di pasar raya yang berdaftar di seluruh Malaysia dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
SEMAK STATUS ADAKAH LAYAK BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Kemudian, Klik [Semak Status]
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
- Klik [Semakan Status]
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD RM200
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Kenapa saya tak dapat apa ala