ADAKAH ANDA AKAN HILANG KELAYAKAN BUDI95 JIKA TIDAK BAYAR SAMAN : INFO TERBARU
Ramai antara rakyat Malaysia yang merupakan penerima inisiatif Bantuan BUDI95 (BUDI MADANI Ron95) yang bimbang akan desas-desus yang menyatakan bahawa akan hilang kelayakan BUDI95 jika penerima tidak membayar saman / saman trafik yang tertunggak.
Adakah betul akan hilang kelayaka BUDI95 jika tidak bayar saman? Sila baca info penuh di bawah.
ADAKAH ANDA AKAN HILANG KELAYAKAN BUDI95 JIKA TIDAK BAYAR SAMAN
Tentunya ramai antara pengguna jalan raya yang mempunyai saman trafik atau sebagainya yang tertunggak dan belum dibayar bimbang jika tidak bayar saman menjadikan mereka hilang kelayakan untuk menggunakan subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (RON95) dengan bayaran RM1.99 seliter.
Namunpun begitu, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memberikan gambaran yang lebih tepat dengan kenyataan ‘Hilang Kelayakan BUDI95 Jika Tidak Bayar Saman’ kepada semua pengguna jalan raya.
PENJELASAN BERKAITAN HILANG KELAYAKAN BUDI95 JIKA TIDAK BAYAR SAMAN
Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menjelaskan bahawa pengguna jalan raya yang tidak membayar saman atau mempunyai tunggakan saman TIDAK akan menyebabkan kehilangan kelayakan BUDI95 secara automatik.
Ianya kerana sistem saman traffik dan pelaksanaan subsidi BUDI MADANI Patrol RON95 (BUDI95) adalah beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai hubung kait antara satu (1) sama lain atau lebih tepat bukan dalam mekanisme yang sama.
CARA KEKAL KELAYAKAN TERIMA SUBSIDI BUDI95
Untuk mengekalkan kelayakan diri sebagai penerima subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), semua penerima perlu mematuhi dua (2) kelayakan asas yang ditetapkan oleh kerajaan sahaja. Berikut merupakan dua (2) syarat kelayakan penerima BUDI95 :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lesen Memadu Malaysia (LMM) aktif dalam tempoh sah dan tidak melebihi tiga (3) tahun.
*Nota : Penjelasan ini adalah bagi mengelakkan berlaku salah faham bagi setiap penerima BUDI95 yang mempunyai kesalahan / saman trafik yang mempunyai bayaran tertunggak tidak akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai penerima.
BAGAIMANAKAH JIKA ANDA TIDAK BAYAR SAMA MEMBERI KESAN KEPADA KELAYAKAN BUDI95
Namun begitu, walaupun saman trafik tidak menyebabkan penerima subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) hilang kelayakan secara automtik, ianya akan mengundang risiko lain seperti :
- Disenarai hitam oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
- Tidak boleh memperbaharui lesen memandu;
- Tidak boleh memperbaharui cukai jalan (LKM);
- Perlu menghadiri sidang di mahkamah untuk tuntutan saman.
*Nota : Secara tidak langsung, semua risiko di atas pada akhirnya akan menjejaskan kelayakan BUDI95 kerana lesen tidak boleh diperbaharu dalam tempoh melebihi tiga (3) tahun.
DISKAUN BAYARAN SAMAN
Kini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan bahawa seramai 4.95 juta saman tertunggak bernilai sehingga RM1.48 billion dan saman polis di semua negeri seluruh Malaysia pula mempunyai saman sehingga RM6.6 billion.
Dengan data tersebut, ianya mewakili bahawa ramai pesalah trafik yang masih menjelaskan saman tertunggak. Namun begitu, bermula 1 November 2025, pihak berkuasa menawarkan diskaun sehingga 50% – 70% untuk semua yang mempunyai saman.
Oleh itu, bagi yang mempunyai saman trafik yang tertunggak digalakkan untuk membuat bayaran sementara diskaun masih diberikan dan kira-kira 20 hari lagi peluang untuk melunaskan bayaran sebelum tahun 2025 berakhir.
Jika anda gagal membayar saman trafik tertunggak, anda akan menghadapi risiko :
- Senarai hitam oleh JPJ;
- Wajib menghadiri Mahkamah;
- Larangan pembaharuan lesen memandu;
- Sekatan pembaharuan cukai jalan.
Dan kesemua risiko di atas boleh menyebabkan anda hilang kelayakan BUDI95.
STRUKTUR SAMAN BAHARU 2026
Bermula tahun 2026, Kerajaan akan melaksanakan struktur bayaran saman secara berjadual bagi menggantikan diskaun bermusim ianya diperkenalkan sebagai “Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar“.
Kadar diskaun saman baharu :
- Bayaran dalam 1 hingga 15 hari : Potongan 50%.
- Bayaran dalam 16 hingga 30 hari : Potongan 33%.
- Bayaran dalam 31 hingga 60 hari : Saman Maksimum RM300.
- Selepas 60 hari : Proses senarai hitam dan tindakan mahkamah akan dilaksanakan.
*Struktur saman baharu ini bagi meningkatkan displin untuk pengguna jalan raya dan mengurangkan kadar tunggakan besar seperti yang direkodkan tahun 2025.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pihak JPJ :
- Talian Rasmi JPJ : 03-8892 8714 / 8693
- Laman JPJ Rasmi : https://www.jpj.gov.my/.