BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Antara salah satu langkah Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan kebajikan rakyat Sabah terutamanya golongan miskin tegar adalah dengan mewujudkan pelbagai bentuk bantuan seperti Program Sentuhan Kasih Rakyat yang akan diagihkan dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta setahun.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan rm300 setiap bulan Sabah? ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BARANG DAPUR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
APA ITU BANTUAN RM300 SABAH 2025
Bantuan yang bernilai RM300 sebulan diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk membantu mengurangkan bebanan sara hidup terutamanya golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah.
Hal ini kerana, Negeri Sabah mencatatkan rekod bilangan isi rumah miskin tegar yang tertinggi iaitu meliputi 38 peratus (%) atau bersamaan 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah miskin tegar di Malaysia.
JADUAL AGIHAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025
Pengagihan Bantuan RM300 (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) adalah dijadualkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | Februari 2025 | RM300 |
2. | Mac 2025 | RM300 |
3. | April 2025 | RM300 |
4. | Mei 2025 | RM300 |
5. | Jun 2025 | RM300 |
6. | Julai 2025 | RM300 |
7. | Ogos 2025 | RM300 |
8. | September 2025 | RM300 |
9. | Oktober 2025 | RM300 |
10. | November 2025 | RM300 |
11. | Disember 2025 | RM300 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025
Kerajaan Negeri Sabah belum membuka sebarang portal untuk semakan status kelayakan Bantuan RM300 setiap bulan (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah). Namun, Kerajaan Negeri Sabah akan memaklumkannya dari semasa ke semasa dan sekiranya telah dibuka / diumumkan, kami akan kongsikan panduan semakan status.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SABAH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk penerima Bantuan RM300 sebulan (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Negeri Sabah;
- Merupakan isi rumah berstatus miskin dan miskin tegar;
- Ketua isi rumah termasuk ahli isi rumah berumur 18 tahun dan ke atas.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.