TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026
Jadual tarikh bayaran STR FASA 4 2026 akan dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak Kementerian Kewangan (MoF) dan akan mula dikreditkan kepada penerima yang layak berperingkat mengikut akaun bank masing-masing.
Bilakah tarikh bayaran str fasa 4 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR BUJANG 2027 : PERMOHONAN, KEMASKINI STR ONLINE
SYARAT PENERIMA BAYARAN STR
Setiap individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Penerima sedia ada yang ada dalam rekod sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Pemohon baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum 30 September 2026;
- Kategori Isi rumah pendapatan RM5,000 dan ke bawah; atau
- Individu Bujang dan Tiada Pasangan (tiada anak) pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Syarat Kelayakan STR FASA 4 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Tarikh rasmi pembayaran STR FASA 4 2026, masih belum diumumkan oleh Pihak Kementerian Kewangan (MOF), dan pembayaran akan dilaksanakan bermula tarikh rasmi pembayaran yang ditetapkan, dan secara berperingkat mengikut akaun bank yang digunakan oleh penerima :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 4 | Akan datang Tarikh rasmi pembayaran belum diumumkan dan akan dikemaskini sebaik sahaja siaran media rasmi dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) |
JUMLAH BAYARAN STR
Setiap penerima sedia ada dan pemohon baharu yang disahkan “Layak” Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 4 2026, akan menerima pembayaran mengikut amaun yang ditetapkan untuk setiap kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah :
- Tiada Anak : RM150
- 1 hingga 2 Anak : RM300
- 3 hingga 5 Anak : RM400
- 5 Anak dan Ke atas : RM500
- Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada Anak : RM0
- 1 hingga 2 Anak : RM100
- 3 hingga 5 Anak : RM150
- 5 Anak dan Ke atas : RM250
- Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah :
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) :
- Warga Emas Tanpa Pasangan (berumur 60 tahun dan ke atas) :
- RM150
- Warga Emas Tanpa Pasangan (berumur 60 tahun dan ke atas) :
- Kategori Bujang :
- Bujang (Berumur 21 sehingga 59 tahun) : Bantuan digantikan dengan SARA (RM50 Setiap Bulan)
- Bujang (OKU) Berumur 19 sehingga 59 tahun : Bantuan digantikan dengan SARA (RM50 Setiap Bulan)
SEMAK STATUS BAYARAN STR
Status kelayakan penerima bayaran STR FASA 4 2026 sama ada layak atau tidak, boleh disemak secara online di Portal Rasmi MySTR mengikut panduan seperti berikut :
- Layari ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BAYARAN STR
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran melalui kaedah penyaluran seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf