PORTAL RASMI STR 2027 : PAUTAN PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

PORTAL RASMI STR 2027 : PAUTAN PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

Kerajaan telah menyediakan Portal Rasmi STR untuk memudahkan pemohon bagi kemukakan permohonan dan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara dalam talian (online) tanpa perlu beratur panjang di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Bagaimanakah permohonan dan semakan status di Portal Rasmi STR 2027? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : KEMAS KINI STR 2027 : PANDUAN LENGKAP

PORTAL RASMI STR 2027

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh diakses secara terus untuk permohonan dan semakan status :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

SYARAT KELAYAKAN STR 2027

Hanya yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja boleh kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan :

  • Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada had umur.
    • Berkahwin (ada / tiada anak); atau
    • Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan).
    • Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan).
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 21 hingga 59 tahun.
    • Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan).
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

PERMOHONAN STR 2027

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dikemukakan secara online melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi STR di atas.
  2. Halaman utama STR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
    • “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN STATUS STR 2027

Setelah berjaya kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemohon boleh buat semakan status untuk tahu layak atau tidak terima bayaran sepanjang tahun 2027 :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR di atas.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
    • Status kelulusan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SALURAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment