JUMLAH KREDIT BANTUAN SARA : SEMAK BAKI ONLINE

JUMLAH KREDIT BANTUAN SARA : SEMAK BAKI ONLINE

Pengkreditan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun ini (2026) kini berbaki dua (2) bulan sahaja lagi. Seiring dengan itu juga, penggunaan kredit dalam MyKad akan tamat tidak lama lagi.

Bagaimanakah cara semak jumlah kredit Bantuan SARA secara online? Rujuk panduan semakan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : STATUS BAYARAN STR FASA 4 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH KREDIT BANTUAN SARA

Berikut merupakan jumlah kredit Bantuan SARA yang telah dikreditkan dan baki yang belum dikreditkan mengikut kategori penerima :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKANTELAH KREDIT
(RM)
BAKI KREDIT
(RM)
TOTAL
(RM)
Miskin Tegar2,0004002,400
Bukan Miskin1,0002001,200
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKANTELAH KREDIT
(RM)
BAKI KREDIT
(RM)
TOTAL
(RM)
Miskin Tegar1,5003001,800
Bukan Miskin500100600
  • Kategori Bujang :
KELAYAKANTELAH KREDIT
(RM)
BAKI KREDIT
(RM)
TOTAL
(RM)
Miskin Tegar1,0002001,200
Bukan Miskin500100600

CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN SARA ONLINE

Mudah sahaja untuk mengetahui baki kredit Bantuan SARA secara online, penerima hanya perlu buat semakan di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi SARA : https://sara.gov.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, klik butang [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan penerima.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak> (Contoh : 770101112345).
  4. Klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan dan baki kredit SARA akan dipaparkan.
  6. Selesai.

*Bagi warga emas atau individu yang tiada akses internet, boleh terus ke kaunter MyKasih di mana-mana kedai terpilih, berikan MyKad dan tanya baki terkini yang ada dalam MyKad.

CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA

Setelah tahu berapa baki kredit Bantuan SARA, penerima boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas dengan mudah mengikut cara-cara berikut :

  1. Pilih barangan keperluan asas yang ada label SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Beratur di kaunter MyKasih.
  3. Berikan MyKad fizikal kepada juruwang untuk bayaran.]
  4. Juruwang akan masukkan Mykad anda ke dalam terminal pembaca MyKasih.
  5. Semua barangan yang dipilih akan diimbas sehingga habis baki.
  6. Bayaran akan disahkan guna MyKad.
  7. Resit akan diberikan bersama MyKad.

TARIKH KREDIT BAKI BANTUAN SARA

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan SARA untuk sepanjang tahun 2026 :

  • Januari – 09/01/2026 (Jumaat)
  • Februari – 01/02/2026 (Ahad)
  • Mac – 01/03/2026 (Ahad)
  • April – 01/04/2026 (Rabu)
  • Mei – 01/05/2026 (Jumaat)
  • Jun – 01/06/2026 (Isnin)
  • Julai – 01/07/2026 (Rabu)
  • Ogos – 01/08/2026 (Sabtu)
  • September – 01/09/2026 (Selasa)
  • Oktober – 01/10/2026 (Khamis)
  • November – 01/11/2026 (Ahad)
  • Disember – 01/12/2026 (Selasa)

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang) / https://mykasih.com.my/contact-us/ / Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/.

Leave a Comment