JUMLAH STR 2027 : SEMAK BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
Berdasarkan Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 9 Oktober lalu, jumlah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dinaikkan sebanyak RM16 billion untuk disalurkan kepada 9 juta penerima dan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga berbeza bagi setiap penerima.
Bagaimanakah semakan dan jumlah STR 2027 mengikut kategori? Dalam artikel ini kami sediakan maklumat bayaran yang lebih terperinci.
BACA JUGA : MAYBANK STR FASA 4 : BILA MASUK?
SYARAT KELAYAKAN STR 2027
Berikut adalah syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut kategori :
- 🤵👰 Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Tiada had umur.
- Berkahwin (ada / tiada anak); atau
- Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan).
- Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
- 🧑🦳 Warga Emas :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan).
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- 🧑🦱 Bujang :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- OKU berumur 19 tahun & ke atas;
- Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan).
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
JUMLAH STR 2027
Kerajaan telah menetapkan semula jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 berbeza dengan tahun sebelum ini. Penerima yang layak akan turut menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR (RM) | JUMLAH SARA (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 (Tiada anak) | 200 | 1,800 hingga 3,000 |
| Isi Rumah B40 (1 – 2 anak) | 600 | 1,800 hingga 3,000 |
| Isi Rumah B40 (3 – 4 anak) | 1,100 | 1,800 hingga 3,000 |
| Isi Rumah B40 (>5 anak) | 1,600 | 1,800 hingga 3,000 |
| Isi Rumah M40 (Tiada anak) | 200 | 1,200 |
| Isi Rumah M40 (1 – 2 anak) | 450 | 1,200 |
| Isi Rumah M40 (3 – 4 anak) | 700 | 1,200 |
| Isi Rumah M40 (>5 anak) | 950 | 1,200 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan & Tiada anak) | 600 | 600 hingga 2,400 |
| Bujang (21 – 59 tahun) | – | 600 hingga 1,800 |
JADUAL PELAKSANAAN BAYARAN STR 2027
Pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 adalah sama sahaja iaitu dilaksanakan secara ansur selama empat (4) fasa dan bayaran disalurkan melalui :
- Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tertentu.
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|
| Januari 2027 | Mac 2027 | Ogos 2027 | November 2027 |
TARIKH PERMOHONAN STR 2027
Berikut merupakan tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan bayaran Fasa 1 2027 :
| PLATFORM PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN DIBUKA |
|---|---|
| Borang Permohonan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Bermula 1 Oktober 2026 |
| Permohonan Secara Online melalui Portal Rasmi MySTR | Bermula 15 Oktober 2026 |
CARA MOHON STR 2027
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara online telah mula dibuka, pemohon yang memenuhi syarat boleh memohon secara online tanpa perlu ke pejabat LHDNM. Ikuti panduan lengkap cara mohon online :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
SALURAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.