BANTUAN UNTUK B40 & M40 2027 : SEMAK JUMLAH BAYARAN
Dua (2) golongan yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan, iaitu golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40. Oleh itu, Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk disalurkan kepada yang memerlukan sepanjang tahun 2027.
Selain bantuan yang disalurkan, Kerajaan turut membuat pelbagai penambahbaikan seperti menaikkan kadar gaji minima kepada RM2,000 sebulan, membuat penangguhan bayaran balik / atau bayaran minima PTPTN RM50 sebulan, pengurangan kadar bayaran cukai pendapatan kepada M40 dan banyak lagi inisiatif lain.
Bagaimanakah semakan bantuan untuk B40 dan M40? Dalam artikel ini, kami sediakan maklumat bayaran seperti jumlah, cara dan jadual.
BACA JUGA : CARA MOHON STR SARA : PENERIMAAN BAYARAN 2027
SENARAI BANTUAN UNTUK B40 & M40 2027
Antara bantuan utama yang disediakan untuk golongan B40 dan M40 dengan peruntukan sebanyak RM16 billion akan disalurkan sepanjang tahun 2027 adalah :
| BIL. | JENIS BANTUAN |
|---|---|
| 1. | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
| 2. | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN UNTUK B40 & M40
Kerajaan menambah peruntukan bantuan utama iaitu STR dan SARA sebanyak RM16 billion khas untuk manfaat 9 juta golongan B40 dan M40 yang layak. Setiap kategori akan menerima bayaran sebanyak berikut :
| KATEGORI & TANGGUNGAN | JUMLAH STR (RM) | JUMLAH SARA (RM) | KESELURUHAN (RM) |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah B40 : Tiada anak | 200 | 1,800 | 2,000 |
| Isi Rumah B40 : 1 – 2 anak | 600 | 1,800 | 2,400 |
| Isi Rumah B40 : 3 – 4 anak | 1,100 | 1,800 | 2,900 |
| Isi Rumah B40 : Lebih 5 anak | 1,600 | 1,800 | 3,400 |
| Isi Rumah M40 : Tiada anak | 200 | 1,200 | 1,400 |
| Isi Rumah M40 : 1 – 2 anak | 450 | 1,200 | 1,650 |
| Isi Rumah M40 : 3 – 4 anak | 700 | 1,200 | 1,900 |
| Isi Rumah M40 : Lebih 5 anak | 950 | 1,200 | 2,150 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 600 | 600 | 1,200 |
| Bujang / Balu / Duda Tiada anak | – | 600 | 600 |
CARA BAYARAN BANTUAN UNTUK B40 & M40
- Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) :
- Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan STR secara tunai ansur selama empat (4) fasa melalui dua (2) cara :
- 🏦 Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang :
- Tiada akaun bank aktif; atau
- Status “Gagal Kredit”.
- 💳 Pengkreditan berperingkat ke dalam akaun bank penerima yang :
- Mempunyai akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun semasa permohonan.
- 🏦 Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang :
- Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan STR secara tunai ansur selama empat (4) fasa melalui dua (2) cara :
- Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) :
- Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dan one-off melalui satu (1) cara :
- 🪪 Pengkreditan automatik ke dalam kad pengenalan (myKad) khas untuk penerima :
- Semua penerima membuat pembelian barang keperluan asas, barang dapur, barang basah dan sebagainya di pasar raya, kedai runcit dan pasar tani terpilih.
- 🪪 Pengkreditan automatik ke dalam kad pengenalan (myKad) khas untuk penerima :
- Kerajaan akan memberikan bayaran Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dan one-off melalui satu (1) cara :
JADUAL BAYARAN BANTUAN UNTUK B40 & M40
Individu B40 dan M40 yang layak akan menerima bayaran bantuan utama STR dan SARA mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan STR | Fasa 1 : Januari 2027 Fasa 2 : Mac 2027 Fasa 3 : Ogos 2027 Fasa 4 : November 2027 |
| Bantuan SARA | Bulanan : – Januari 2027 – Februari 2027 – Mac 2027 – April 2027 – Mei 2027 – Jun 2027 – Julai 2027 – Ogos 2027 – September 2027 – Oktober 2027 – November 2027 – Disember 2027 One-off : – Februari 2027 – Ogos 2027 |
SALURAN RUJUKAN
Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan artikel ini, pihak tuan / puan boleh buat rujukan di saluran yang rasmi, iaitu melalui Ringkasan Intipati Belanjawan 2027 :
PENAFIAN
Pihak kami hanya menulis artikel ini untuk tujuan membantu mudahkan carian berkaitan “Kadar Bantuan Untuk B40 & M40” sahaja. Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber sahih di laman portal rasmi Kerajaan.
Pihak kami juga tidak pernah meminta sebarang kemasukkan maklumat peribadi pembaca serta tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan dalam artikel ini. Semoga semua maklumat ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.