REGISTER STR 2027 : CARA DAFTAR STR 2027 ONLINE
Pendaftaran atau register akaun Portal MySTR secara online boleh dilakukan sebelum pemohon baharu atau penerima sedia mengakses portal tersebut untuk membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi memudahkan proses register STR 2027, artikel ini menyediakan panduan cara-cara pendaftaran yang lengkap.
Bagaimanakah cara register str 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : DAFTAR STR 2027 : REGISTER STR 2027 ONLINE
SYARAT KELAYAKAN STR 2027
Sebelum daftar akaun Portal MySTR, anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan permohonan STR 2027 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
REGISTER STR 2027
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Portal MySTR atau masih belum register, anda dikehendaki register akaun terlebih dahulu sebelum mengkases portal tersebut untuk tujuan seperti :
- Permohonan Baharu;
- Semakan Status Permohonan/Kelayakan;
- Semakan Jumlah Bayaran
Panduan Lengkap Cara Register Akaun Portal MySTR 2027 :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2027 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama MySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
TARIKH REGISTER STR 2027
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, anda boleh membuat permohonan dan register str 2027 secara online bermula tarikh berikut :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 | 15 Oktober 2026 (Online) |
AMAUN BAYARAN STR 2027
Amaun bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2027 bagi setiap kategori (Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang) akan diumumkan tidak lama lagi dalam pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2026.
CARA DAFTAR STR 2027 ONLINE
Jika anda memenuhi kriteria dan kelayakan, anda boleh membuat permohonan baharu STR untuk tahun 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/