PERMOHONAN STR 2027 : CARA PERMOHONAN STR 2027 ONLINE
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sesi 2027 kini boleh di mohon di Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda memenuhi kriteria dan kelayakan bantuan, anda boleh membuat permohonan dengan segara supaya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.
Bagaimanakah cara permohonan str 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : CARA SEMAKAN MYKASIH : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
TARIKH RASMI PERMOHONAN STR 2027
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, anda boleh membuat permohonan bermula tarikh berikut :
| JENIS PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 | 1 Oktober 2026 (Fizikal) 15 Oktober 2026 (Online) |
SYARAT PERMOHONAN STR 2027
Sebelum membuat permohonan STR 2027, anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
PERMOHONAN STR 2027
Permohonan rasmi STR 2027 boleh dimohon secara rasmi melalui dua (2) kaedah permohonan seperti berikut :
- Permohonan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
- Permohonan secara fizikal :
- Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat HASiL / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
PORTAL RASMI PERMOHONAN ONLINE
Selain permohonan secara fizikal di Pejabat Hasil berdekatan, anda juga boleh membuat permohonan STR 2027 secara online di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA PERMOHONAN STR 2027 ONLINE
Jika anda memenuhi kriteria dan kelayakan, anda boleh membuat permohonan STR 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
SEMAKAN PERMOHONAN STR 2027
Setelah berjaya membuat permohonan STR 2027 dan telah berdaftar akaun Portal MySTR, anda boleh ikuti cara semakan status permohonan seperti berikut untuk mengetahui status permohonan anda berjaya atau sebaliknya :
- Layari ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2027 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
KADAR KELAYAKAN STR 2027
Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap kategori (Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang) akan diumumkan tidak lama lagi dalam pembentangan Belanjawan 2027 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2026.
RUJUKAN LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/