BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAK SEKARANG
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif bantuan tunai yang diperuntukan oleh Kerajaan dari tahun ke tahun untuk membantu rakyat dari golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap tahun dilaksanakan secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa bermula dari awal tahun hingga ke akhir tahun supaya rakyat dapat memanfaat Bantuan STR untuk kegunaan tertentu khususnya perayaan besar.
Untuk tahun 2026, bayaran Bantuan STR Fasa 3 telah selesai dilaksanakan pada Ogos lalu dan kini bayaran Fasa 4 pula akan dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 2026? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM100 DALAM MYKAD SEPTEMBER 2026
BILAKAH TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026
Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026. Namun, bayaran dijangka akan dilaksanakan dalam bulan November (sebelum perayaan Deepavali).
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | November 2026 |
| Penerima Baharu | November 2026 |
*Tarikh bayaran Fasa 4 akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
KADAR BAYARAN STR FASA 4 2026
Kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah bermula RM100 hingga RM600 yang mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti jadual berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | RM150 hingga RM600 (tertakluk kelayakan & jumlah anak) |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 hingga RM300 (tertakluk kelayakan & jumlah anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang (21 hingga 59 tahun) | Tiada |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2026
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan, iaitu :
- Bayaran Melalui ‘Pindahan IBG Kredit’
- Penerima yang mempunyai akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan akan menerima bayaran STR melalui pengkreditan dalam akaun secara berperingkat kerana kerajaan menggunakan sistem ‘Pindahan IBG Kredit’.
- Bayaran Melalui ‘Kaunter Bank’
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan atau status ‘Gagal Kredit’, perlu menuntut bayaran STR melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Kad Pengenalan fizikal.
SEMAKAN PERMOHONAN STR FASA 4 2026
Bagi yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), status kelayakan untuk menerima bayaran Fasa 4 boleh disemak mengikut panduan berikut :
- Portal Rasmi MySTR
- Layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Log Masuk akaun pemohon
- Klik pada bahagian [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan. Jika betul, klik [Ya].
- Masukan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Semak status kelayakan
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR Fasa 4 akan dipaparkan :
- ‘Layak / Lulus’ – bagi yang layak.
- ‘Tidak Layak’ – akan dinyatakan sebab tidak layak.
- ‘Dalam Proses’ – permohonan masih dalam proses.
RUJUKAN LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila hubungi pihak berwajib melalui talian rasmi berikut :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.