SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM100 DALAM MYKAD SEPTEMBER 2026

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM100 DALAM MYKAD SEPTEMBER 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bulan September ini telah dikreditkan ke dalam MyKad hampir 9 juta penerima yang layak terdiri dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Setiap penerima boleh mula mengetahui status kelayakan dan buat pembelian guna MyKad.

Ingin tahu kelayakan anda sebagai penerima bayaran RM100 dalam MyKad bulan September ini? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut dalam artikel ini.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM100 DALAM MYKAD SEPTEMBER 2026

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima bayaran RM100 dalam MyKad pada bulan September ini, ikuti panduan semakan lengkap di bawah :

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
  2. Pergi ke bahagian ‘Semakan’.
    • Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12-digit Nombor MyKad anda.
    • Pada ruangan yang disediakan mengikut format (tanpa tanda sempang dan tanpa jarak)
      • Contoh : 800112112345
  4. Sahkan anda bukan bot.
    • Klik pada kotak [Verify you are human].
  5. Semak kelayakan anda.
    • Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima bayaran dalam MyKad akan dipaparkan.
Contoh paparan status & baki dalam MyKad

JUMLAH BAYARAN DALAM MYKAD SEPTEMBER 2026

Namun, bukan semua kategori menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sama sebanyak RM100. Tetapi setiap kategori akan menerima bayaran dalam MyKad sebanyak jumlah berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Miskin Tegar
eKasih
RM200
(September)
RM150
(September)
RM100
(September)
Bukan Miskin
eKasih
RM100
(September)
RM50
(September)
RM50
(September)

TARIKH BAYARAN RM100 DALAM MYKAD SEPTEMBER 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ke dalam MyKad semua penerima yang layak untuk bulan September adalah bertarikh pada :

🗓️ 01 SEPTEMBER 2026 (SELASA).

CARA GUNA BAYARAN RM100 DALAM MYKAD

Bagi penerima yang disahkan layak dan menerima bayaran RM100 dalam MyKad boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut cara-cara berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasar raya terpilih
    • Lebih 100,000 ribu kedai runcit dan pasar raya terpilih yang berdaftar dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
  2. Pilih dan ambil barang keperluan
    • Penerima perlu memilih dan mengambil barang keperluan yang ada label ‘MyKasih’.
  3. Kaunter Terpilih MyKasih
    • Setiap kedai atau pasar raya mempunyai kaunter yang berbeza dan penerima perlu pergi ke kaunter yang mempunyai papan tanda ‘Kaunter MyKasih’.
  4. Berikan MyKad anda
    • Penerima perlu memberikan MyKad fizikal kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki bantuan.
  5. Juruwang imbas setiap barang
    • Juruwang akan imbas barang-barang yang dipilih mengikut kategori MyKasih.
  6. Bayaran akan disahkan
    • Juruwang akan sahkan bayaran dengan menggunakan MyKad penerima dan resit serta MyKad akan diberikan kepada penerima.

TALIAN BANTUAN

Pihak kami tidak boleh menjawab pertanyaan dari pembaca. Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, pihak tuan / puan boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment