BANTUAN SARAWAK SKAS : SEMAKAN STATUS 2026

BANTUAN SARAWAK SKAS : SEMAKAN STATUS 2026

Untuk makluman, lebih kurang 90 ribu individu tambahan telah dimasukkan ke dalam senarai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terkini, selepas proses rayuan dan semakan semula kelayakan dilakukan.

Oleh itu, untuk mengetahui status kelayakan terkini, anda boleh membuat semakan di Portal Rasmi bantuan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan skas sarawak 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH TERBARU BOLEH BELI GUNA IC

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK

Kelayakan penerima bantuan SKAS terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Berkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak)
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawahPendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawahPendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
Tiada had umurHad umur 60 tahun dan ke atasBujang berumur antara 21-59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19-59 tahun
Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

FASA & TARIKH BAYARAN BANTUAN SARAWAK

Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026
Fasa 215 Mei 2026
Fasa 310 November 2026

KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK

Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3TOTAL SETAHUN
Isi Rumah RM316RM424RM360RM1,100
Warga EmasRM166RM234RM200RM600
BujangRM100RM150RM125RM375

CARA PENKREDITAN BANTUAN SARAWAK

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :

KAEDAH BAYARANPLATFORM
Secara Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)

Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima yang layak khusus untuk pembelian barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK

Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment