SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) 2026

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) 2026

Salah satu usaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyatnya yang kurang berkemampuan dan berpendapatan sederhana bagi memenuhi keperluan asas harian adalah dengan menyediakan bantuan melalui Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang dilaksanakan secara berfasa.

Bagaimanakah semakan kelayakan sumbangan keperluan asas sarawak 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SYUKUR SABAH FASA 2 2026

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah dan sederhana termasuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang berpendapatan bulan sebanyak RM5,000 dan ke bawah khusus untuk pembelian barangan makanan asas.

Nama ProgramSumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Jenis BantuanBantuan kewangan tanpa tunai untuk pembelian barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung
Kelayakan PenerimaAnak kelahiran Negeri Sarawak dan menetap di Sarawak
Jumlah BantuanRM375 sehingga RM1,100 (mengikut kelayakan)

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan penerima bantuan SKAS terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORIKELAYAKAN PENERIMA
Isi RumahBerkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga EmasBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah;

Had umur 60 tahun dan ke atas
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bujang berumur antara 21-59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19-59 tahun;

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

JUMLAH SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
(SEBELUM)
KADAR BANTUAN
(TERKINI)
Isi Rumah RM950RM1,100
Warga EmasRM500RM600
BujangRM300RM375

SEMAK STATUS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

CARA PENYALURAN BANTUAN

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :

KAEDAH BAYARANPLATFORM
Secara Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)

JADUAL MASUK BAYARAN

Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026Isi Rumah : RM316
Warga Emas : RM166
Bujang : RM100
Fasa 215 Mei 2026Isi Rumah : RM424
Warga Emas : RM234
Bujang : RM150
Fasa 310 November 2026Isi Rumah : RM360
Warga Emas : RM200
Bujang : RM125

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment