KADAR PEMBELIAN BARANG MYKASIH – SEMAK SEKARANG !

KADAR PEMBELIAN BARANG MYKASIH – SEMAK SEKARANG !

Supaya setiap rakyat yang memerlukan dan berkelayakan dapat menampung peningkatan kos sara hidup, Kerajaan tetap meneruskan Program Bantuan MyKasih untuk rakyat buat pembelian barang keperluan asas mengikut kadar yang ditetapkan.

Bagaimanakah semak kadar pembelian barang MyKasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA JUN – JUMLAH & STATUS TERKINI

KADAR PEMBELIAN BARANG MYKASIH

Berikut merupakan kadar pembelian barang MyKasih yang ditetapkan mengikut kelayakan penerima :

KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR KREDIT
SETIAP BULAN
KESELURUHAN
2026
Isi Rumah
Daftar e-Kasih
RM200 sebulanRM2,400 setahun
Warga Emas
Daftar e-Kasih
RM150 sebulanRM1,800 setahun
Bujang
Daftar e-Kasih
RM100 sebulanRM1,200 setahun
Isi Rumah
Bukan e-Kasih
RM100 sebulanRM1,200 setahun
Warga Emas
Bukan e-Kasih
RM50 sebulanRM600 setahun
Bujang
Bukan e-Kasih
RM50 sebulanRM600 setahun

SENARAI BARANG MYKASIH

Ketahui senarai barang MyKasih yang boleh dibeli setiap bulan :

BIL.KATEGORI BARANGSENARAI BARANG TERPILIH
1.Barang dapur asasBeras, telur, minyak masak, tepung,
mi segera, sardin, tuna, kicap,
sos cili, gula, garam, cukup rasa,
dan sebagainya.
2.Makanan sejuk bekuBurger, nuget, bebola daging,
ayam, daging, itik dan sebagainya.
3.Makanan ringanRoti, biskut, bijirin dan sebagainya.
4.MinumanSusu tepung, susu tin (pekat & cair),
teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe
dan sebagainya.
5.Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
6.Keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung
(hanya jenama terpilih), sabun cecair
mandian bayi dan sebagainya.
7.Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan
sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
8.Barang Keperluan sekolahAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.
9.Produk kebersihan rumahSabun pencuci lantai, sabun /
serbuk pencuci pakaian, sabun
pencuci pinggan dan sebagainya.

CARA PEMBELIAN BARANG MYKASIH

Mudah sahaja untuk buat pembelian barang MyKasih, penerima perlu rujuk panduan di bawah :

  1. Kunjungi peruncit yang berdaftar dengan MyKasih.
  2. Pilih barang keperluan yang ada label MyKasih.
  3. Pergi ke ‘Kaunter MyKasih’.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  5. Juruwang akan nyatakan baki anda dan mula imbas kod bar produk.
  6. Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad anda.
  7. MyKad akan dikembalikan bersama resit pembelian.

TARIKH & TEMPOH PEMBELIAN BARANG MYKASIH

Namun, penerima perlu mengetahui tarikh dan tempoh pembelian barang MyKasih yang ditetapkan seperti berikut :

TEMPOH
PEMBELIAN
TARIKH KREDITTAMAT TEMPOH
12 Bulan9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment