SEMAK BANTUAN SABAH 2026
Bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sabah diteruskan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) untuk membantu golongan B40 di Sabah yang memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan seharian.
Bagaimanakah semak bantuan sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYSARA 2026 – CHECK BAKI BANTUAN SARA DALAM MYKAD
PENGENALAN BANTUAN SABAH
Program bantuan kewangan secara bulanan selama 12 bulan oleh Kerajaan Negeri Sabah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM339.16 juta dan akan memberi manfaat kepada140,000 orang rakyat Sabah.
| Nama Program | Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) |
| Cara Pelaksanaan | Bantuan Setiap bulan (selama 12), tetapi diagihkan secara berfasa |
| Jumlah Bantuan | RM200 Setiap Bulan |
OBJEKTIF BANTUAN SABAH
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2026
Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) SEMASA
Berikut merupakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa untuk layak berdaftar sebagai penerima miskin atau miskin tegar eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | MISKIN TEGAR | MISKIN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,257 Per Kapita : RM310 | RM2,843 Per Kapita : RM720 |
AMAUN BANTUAN SABAH MENGIKUT FASA
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) seperti berikut :
| FASA BAYARAN | KADAR BAYARAN | TEMPOH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | RM600 | Januari (RM200) Februari (RM200) Mac (RM200) |
| Fasa 2 | RM600 | April (RM200) Mei (RM200) Jun (RM200) |
| Fasa 3 | RM600 | Julai (RM200) Ogos (RM200) September (RM200) |
| Fasa 4 | RM600 | Oktober (RM200) November (RM200) Disember (RM200) |
| Total Setahun | RM2,400 | Januari – Disember |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan |
TARIKH MASUK DUIT BANTUAN SABAH 2026
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 21 Mei 2026 |
| Fasa 3 & 4 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq