SEMAK STATUS TUNTUTAN MYSALAM – LAYAK ATAU TIDAK
Ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa mereka layak untuk menuntut bayaran mySalam jika memenuhi kelayakan. Bayaran mySalam adalah bermula RM50 sehingga RM8,000 mengikut jenis manfaat yang ditetapkan.
Bagaimanakah semak status tuntutan mySalam? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BUDI RON 95 – STATUS KELAYAKAN & BAKI
APA ITU MYSALAM?
MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma melalui Tabung Amanah MySalam khas untuk individu (rakyat Malaysia) sebagai pendapatan gantian bagi rakyat yang didiagnos salah satu penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital.
SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM
Tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan, secara automatik rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan akan layak menuntutan mySalam, antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah :
- Warganegara : Malaysia;
- Had Umur :
- Kategori Berkahwin : 18 hingga 65 tahun;
- Kategori Bujang : 21 hingga 65 tahun;
- Kategori OKU : 18 hingga 65 tahun.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM24,000 setahun;
- Lulus permohonan : Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
SENARAI TUNTUTAN MYSALAM
Berikut merupakan antara senarai dan jumlah tuntutan Bantuan mySalam yang dibolehkan :
| BIL. | JENIS MANFAAT | JUMLAH TUNTUTAN |
|---|---|---|
| 1. | Manfaat Hospitalisasi (Sekiranya penerima dimasukkan ke wad hospital kerajaan / hospital universiti / hospital angkatan tentera layak untuk menuntut pendapatan gantian) | Minimum RM50 / sehari atau sehingga maksimum RM700 / 14 hari |
| 2. | Manfaat Penyakit Kritikal (Sekiranya penerima disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam layak menuntut bayaran sekali seumur hidup) | RM8,000 sekali seumur hidup |
SEMAK STATUS TUNTUTAN MYSALAM
Untuk mengetahui status sama ada anda layak atau tidak membuat tuntutan mySalam, sila ikuti cara semakan status tuntutan mySalam melalui Portal Rasmi MySalam seperti di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MySalam | https://www.mysalam.com.my/mys/info/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MySalam di atas.
- Portal Rasmi MySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900301234567.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan MySalam akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.