BANTUAN MYKAD RM200 2026 : SEMAKAN STATUS
MyKad rakyat Malaysia bukan sahaja digunakan untuk pengenalan identiti sahaja, namun ianya dicipta khas menggunakan cip yang membolehkan Kerajaan menyalurkan bantuan sehingga RM200 sebulan dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas guna MyKad sahaja tanpa perlu buat pengeluaran tunai.
Bagaimanakah semakan status Bantuan MyKad RM200? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN PERSEDIAAN IPT MAIWP 2026 : PERMOHONAN, SEMAKAN & SYARAT KELAYAKAN
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD RM200 2026
Antara perkara yang boleh beli dan tidak boleh beli menggunakan Bantuan MyKad adalah :
| ✅ BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKAD | ❌ TIDAK BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKAD |
|---|---|
| -Barang dapur. -Produk kebersihan diri. -Ubat-ubatan. -Produk kebersihan rumah. -Barang sekolah anak. | -Pakaian. -Barang elektronik. -Rokok / vape. -Produk / supplemen. -Prepaid. |
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM200 2026
Pengkreditan Bantuan MyKad RM200 setiap bulan dilaksanakan pada tarikh berikut :
| TARIKH KREDIT | TAMAT TEMPOH |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 31 Disember 2026 |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM200 2026
Bukan semua rakyat Malaysia layak terima Bantuan RM200 dalam MyKad, tetapi hanya yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia.
- Had Umur : 18 tahun dan ke atas.
- Kategori : Ketua Isi Rumah.
- Status Perkahwinan : Berkahwin / Balu / Duda / Janda ( ada anak).
- Pendapatan : Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Status STR : Lulus Permohonan Fasa 1 2026.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 2026
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2026
Gunakan Bantuan MyKad mengikut cara yang betul dan mudah seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran guna MyKad.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran guna MyKad.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03 7720 1800
- E-mel Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.