SEMAK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP

SEMAK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP

Oleh kerana Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad dengan jumlah yang berbeza kepada setiap penerima ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’, pastinya baki yang ada dalam MyKad juga berbeza mengikut penggunaan penerima dan perlu disemak dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara semak baki MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN BULANAN JKM – LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH & TEMPOH GUNA BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Berikut merupakan tarikh dan tempoh penggunaan baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad penerima :

TARIKH KREDITTEMPOH GUNATARIKH TAMAT
9-16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
12 bulan31 Disember 2026

JUMLAH BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Setakat ini (bulan Mei) baki bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad penerima yang belum menggunakannya untuk beli barang keperluan asas dianggarkan sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAKI TERKUMPUL
SETAKAT INI
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 / RM1,000
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 / RM750
Bujang
Miskin Tegar
RM100 / RM500
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 / RM500
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 / RM250
Bujang
Bukan Miskin
RM50 / RM250

SEMAK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Ikuti panduan lengkap cara semak baki Bantuan MyKasih dalam MyKad anda seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Status kelayakan penerima dan baki terkumpul akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA GUNA MYKASIH DALAM MYKAD

Bagi penerima yang belum pernah menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad, ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment