BANTUAN MYKASIH BUJANG 2026 – SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Program Bantuan MyKasih bukan sahaja disalurkan kepada golongan berkeluarga, malah turut disalurkan kepada 3.1 juta individu bujang supaya ianya dapat digunakan untuk beli barang dapur dan lain-lain keperluan diri bujang.
Bagaimanakah cara semak kelayakan penerima Bantuan MyKasih Bujang? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL
JUMLAH BANTUAN MYKASIH BUJANG 2026
Jumlah bayaran Bantuan MyKasih untuk individu bujang ditetapkan berdasarkan kelayakan ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’ seperti berikut :
| BAYARAN KEPADA BUJANG ‘MISKIN TEGAR’ | BAYARAN KEPADA BUJANG ‘BUKAN MISKIN’ |
|---|---|
| RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH BUJANG 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima MyKasih bagi kategori bujang :
- Warganegara : Malaysia;
- Had Umur :
- 21 hingga 59 tahun; atau
- OKU 19 tahun dan ke atas.
- Status :
- Belum berkahwin; atau
- Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan).
- Kadar Pendapatan :
- Miskin Tegar – Bawah garis kemiskinan dan tersenarai e-Kasih; atau
- Bukan Miskin – Sehingga RM2,500 sebulan.
- Permohonan STR :
- Lulus permohonan STR Fasa 1 2026.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026
Penerima bujang yang layak akan terima bayaran Bantuan MyKasih mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN | STATUS |
|---|---|---|
| 1. | 16 Januari 2026 | ✅ |
| 2. | 01 Februari 2026 | ✅ |
| 3. | 01 Mac 2026 | ✅ |
| 4. | 01 April 2026 | ✅ |
| 5. | 01 Mei 2026 | ✅ |
| 6. | 01 Jun 2026 | 🔜 |
| 7. | 01 Julai 2026 | 🔜 |
| 8. | 01 Ogos 2026 | 🔜 |
| 9. | 01 September 2026 | 🔜 |
| 10. | 01 Oktober 2026 | 🔜 |
| 11. | 01 November 2026 | 🔜 |
| 12. | 01 Disember 2026 | 🔜 |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH BUJANG 2026
Kelayakan penerima Bantuan MyKasih (terutamanya bujang) boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima bujang akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH 2026
Semua penerima (termasuk bujang) boleh menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang dapur atau keperluan asas diri mengikut cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.