BANTUAN MYKASIH 2026 RM100 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYKASIH 2026 RM100 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

Inisiatif Bantuan MyKasih masih diteruskan dan diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak. Kini, bayaran sebanyak RM100 disalurkan kepada lebih 5 juta penerima terdiri daripada kategori isi rumah dan bujang yang berpendapatan B40 dan M40.

Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan MyKasih RM100? Rujuk panduan di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAKI BANTUAN MYKAD (SARA 2026)

BANTUAN MYKASIH 2026 RM100 SEMAKAN

Sila rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan MyKasih RM100 :

🔗 Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/ms/.

  1. Sila layari Laman Web Rasmi MyKasih di atas.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama MyKasih.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan ‘No. MyKad*’ dengan nombor kad pengenalan anda.
  6. Sahkan anda bukan robot dengan tanda [✅] Verify you are human.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
  9. Selesai.

KATEGORI LAYAK BANTUAN MYKASIH 2026 RM100

Berikut merupakan dua (2) kategori penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan untuk tahun 2026 :

  • 👰🤵 KATEGORI ISI RUMAH :
    • Warganegara Malaysia;
    • 18 tahun dan ke atas;
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Duda / Janda (ada anak);
    • Pendapatan RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan;
    • Lulus Permohonan STR 2026.
  • 🧑‍🦱 KATEGORI BUJANG :
    • Warganegara Malaysia;
    • 21 hingga 59 tahun;
    • Belum berkahwin atau Balu / Duda / Janda (tiada anak);
    • Pendapatan bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih;
    • Lulus Permohonan STR 2026.

KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH 2026 RM100

Bantuan MyKasih yang dikreditkan RM100 setiap bulan khas untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Mi Segera.
  • Makanan sejuk beku.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Minuman.
  • Produk penjagaan diri.
  • Ubat-ubatan.
  • Barang sekolah anak.
  • Produk kebersihan rumah.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026 RM100

Sebelum buat pembelian, ketahui bila tarikh Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan seperti berikut :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUANSTATUS
09 & 16.01.2026RM100
01.02.2026RM100
01.03.2026RM100
01.04.2026RM100
01.05.2026RM100
01.06.2026RM100🔜
01.07.2026RM100🔜
01.08.2026RM100🔜
01.09.2026RM100🔜
01.10.2026RM100🔜
01.11.2026RM100🔜
01.12.2026RM100🔜

TEMPOH GUNA BANTUAN MYKASIH 2026 RM100

Namun begitu, penggunaan Bantuan MyKasih RM100 ditetapkan boleh digunakan selama tempoh berikut :

TEMPOH GUNATARIKH TAMAT TEMPOH
12 bulan31.12.2026
*Nota : Kegagalan menggunakan Bantuan MyKasih sebelum tarikh akhir (tamat tempoh), baki yang ada akan ditarik dan tidak boleh digunakan lagi.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment