SEMAKAN CIKGU COS 2026 : myPDPP
Keputusan panggilan temuduga untuk Permohonan Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Contract of Service) COS untuk tahun 2026 telah diumumkan dan setiap calon yang telah kemukakan permohonan boleh membuat semakan bermula hari ini.
Bagaimanakah semakan cikgu COS? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026 ONLINE
APA ITU CIKGU COS?
Cikgu COS atau rasminya Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Contract Of Service) adalah merupakan ambilan guru secara kontrak bagi calon yang graduan bukan bidang pendidikan untuk sementara di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
TARIKH KEPUTUSAN CIKGU COS 2026
Keputusan panggilan temuduga untuk jawatan Cikgu COS (Contract Of Service) boleh mula disemak bermula pada tarikh seperti berikut :
| TARIKH SEMAKAN | WAKTU SEMAKAN |
|---|---|
| Bermula 22 April 2026 (Rabu) | Bermula 2:00 petang |
IKLAN PENGAMBILAN CIKGU COS 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk mengisi permohonan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah menerusi portal rasmi myPDPP bermula 2 Mac hingga 20 Mac 2026.
Maklumat Jawatan :
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Contract of Service)
Gaji permulaan : RM2,360.00
Syarat Utama :
- Warganegara Malaysia;
- Kepujian Bahasa Melayu SPM / SVM;
- Graduan Ijazah Sarjana Muda (Bukan Bidang Pendidikan).
*Catatan Penting : Hanya calon yang layak akan dipanggil UKCG dan temuduga dan calon wajib mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.
KALENDAR PENTING myPDPP COS 2026
Calon perlu mengetahui tarikh-tarikh penting myPDPP seperti berikut :
| PERKARA | TARIKH PENTING |
|---|---|
| Iklan dipaparkan di Portal Rasmi KPM | 23 Februari 2026 |
| Permohon Online Dibuka dan Makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon (e-UKCG) | 2 – 20 Mac 2026 |
| Permohonan Online Ditutup | 20 Mac 2026 |
| Ujian Kelayakan Calon (e-UKCG) Online | 30 Mac – 8 April 2026 |
| Semakan Keputusan Panggilan Temuduga | 22 April 2026 |
| Pelaksanaan Temuduga | 27 April – 22 Mei 2026 |
| Semakan Keputusan Permohonan Berjaya (Tawaran COS) | 30 Jun 2026 |
| Muat naik dokumen kesihatan | 30 Jun – 16 Julai 2026 |
| Semakan Keputusan Permohonan Berjaya (Tawaran COS) | September 2026 |
| Kemaskini maklumat calon berjaya e-Graduan | Oktober 2026 |
| Tawaran lantikan PPP DG9 COS | November 2026 |
| Tawaran mengikuti pengajian PDPP (KDC) di Kampus IPG | November 2026 |
| Pendaftaran Cikgu COS ke sekolah | Januari 2027 |
| Pendaftaran Cikgu COS ke Kampus IPG | Januari 2027 |
SEMAKAN CIKGU COS 2026
Status keputusan panggilan temuduga Cikgu COS boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi myPDPP di sini : https://mypdpp.moe.gov.my/pd/.
- Portal Rasmi myPDPP akan dipaparkan.
- Log masuk akaun anda.
- Masukkan ID dan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pergi ke bahagian [Semakan Keputusan].
- Status keputusan permohonan Guru CoS akan dipaparkan.
- Selesai.
SEBAB TIDAK LAYAK CIKGU COS 2026
Antara sebab tidak layak untuk panggilan temuduga Cikgu COS adalah :
- Graduan Bidang Pendidikan;
- Guru interim;
- Diisytiharkan bankrap;
- Diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan;
- Jenayah / penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;
- Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal dalam peperiksaan dana ditamatkan pengajian;
- Pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah;
- Memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi myPDPP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi : 03 8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 / 6768 / 6693
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mypdpp.moe.gov.my/pd/.