SEMAKAN GURU COS 2026 : myPDPP
Keputusan panggilan temuduga untuk Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru CoS) boleh mula disemak bermula 22 April 2026 (hari ini) pada jam 2.00 petang melalui laman rasmi myPDPP.
Bagaimanakah semakan Guru CoS? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN TUNAI IPT 2026 (RM1500 & RM2000)
APA ITU GURU COS?
Guru CoS adalah merujuk kepada ‘Guru Contract of Service‘ yang merupakan lantikan kontrak sementara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang lazimnya tempoh kontrak adalah 1 hingga ke 3 tahun (boleh sambung ikut keperluan).
PERBEZAAN GURU COS DAN PDPP
Berikut merupakan perbezaan antara CoS PDPP dan PDPP :
- CoS PDPP : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Contract of Service.
- PDPP : Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan.
| PERKARA | COS PDPP | PDPP |
|---|---|---|
| Pelantikan | Dilantik sebagai PPP DG9 (CoS) dan pengajian PDPP di IPG (kontrak) | Dilantik sebagai PPP DG9 selepas tamat pengajian PDPP |
| Penempatan Sekolah | Ditempatkan di sekolah rendah KPM Januari 2027 | Ditempatkan di sekolah rendah KPM selepas pengajian |
| Mula Pengajian | Januari 2027 | Ogos 2026 |
| Jadual Mingguan | Hujung minggu dan cuti sekolah | Sepenuh masa mengikut kalendar IPG |
| Yuran / Elaun | Yuran ditanggung sendiri | Yuran dibiaya oleh KPM dan elaun RM530 sebulan |
IKLAN PENGAMBILAN GURU COS 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk mengisi permohonan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah menerusi portal rasmi myPDPP bermula 2 Mac hingga 20 Mac 2026.
Maklumat Jawatan :
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Contract of Service)
- Gaji permulaan : RM2,360.00
Syarat Utama :
- Warganegara Malaysia;
- Kepujian Bahasa Melayu SPM / SVM;
- Graduan Ijazah Sarjana Muda (Bukan Bidang Pendidikan).
*Catatan Penting : Hanya calon yang layak akan dipanggil UKCG dan temuduga dan calon wajib mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.
TARIKH PENTING myPDPP 2026
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Guru CoS) untuk tahun 2026 :
| PERKARA | TARIKH |
|---|---|
| Iklan Jawatan | 23 Februari 2026 |
| Permohonan Dibuka dan Ujian kelayakan | 2 – 20 Mac 2026 |
| Permohonan Ditutup | 20 Mac 2026 (11.59 malam) |
| Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) | 30 Mac – 8 April 2026 |
| Keputusan Panggilan Temuduga | 22 April 2026 |
| Pelaksanaan Temuduga | 27 April – 22 Mei 2026 |
| Keputusan Permohonan | 30 Jun 2026 |
| Muat naik dokumen kesihatan | 30 Jun – 16 Julai 2026 |
| Keputusan Permohonan | September 2026 |
| Kemaskini maklumat calon berjaya e-Graduan | Oktober 2026 |
| Tawaran Lantikan PDPP | November 2026 |
| Tawaran pengajian di IPG Kampus | November 2026 |
| Pendaftaran Guru CoS ke sekolah | Januari 2027 |
| Pendaftaran PDPP di IPG Kampus | Januari 2027 |
SEMAKAN GURU COS 2026
Ikuti cara semakan keputusan permohonan Guru CoS (Contract of Service) boleh mula disemak secara atas talian (online) melalui portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi myPDPP di sini : https://mypdpp.moe.gov.my/pd/daftar/.cfm.
- Portal Rasmi myPDPP akan dipaparkan.
- Log masuk akaun anda.
- Masukkan ID dan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pergi ke bahagian [Semakan Keputusan].
- Status keputusan permohonan Guru CoS akan dipaparkan.
- Selesai.
CALON TIDAK LAYAK GURU COS
Berikut antara sebab-sebab tidak layak memohon Guru CoS :
- Graduan Pendidikan;
- Guru interim;
- Diisytiharkan bankrap;
- Diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan;
- Jenayah / penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;
- Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal dalam peperiksaan dana ditamatkan pengajian;
- Pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah;
- Memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi myPDPP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mypdpp.moe.gov.my/pd/.