CARA MOHON BAUCAR KITA SELANGOR 2026
Bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Selangor dalam mendepani krisis tenaga dan inflasi, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan bantuan setiap bulan sebanyak RM100 yang akan dilaksanakan bermula pada Jun 2026.
Bagaimanakah cara mohon bauncar kita Selangor 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SELANGOR RM100 SEBULAN 2026 : CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN
BAUCAR KITA SELANGOR
Baucar Kita Selangor ialah inisiatif baharu oleh Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor. Tujuan utama bantuan ini dilaksanakan untuk memastikan golongan terjejas tidak terjerumus ke dalam kemiskinan tegar sekiranya kehilangan sumber pendapatan akibat krisis tenaga dan inflasi.
Sebanyak RM30 juta diperuntukkan dan akan memberi manfaat kepada seramai 50,000 ribu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40), dengan pemberian baucar setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan asas.
JUMLAH BANTUAN BAUCAR KITA SELANGOR
Amaun Baucar Kita Selangor akan diberikan seperti berikut :
| NAMA PROGRAM | JUMLAH BANTUAN | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Baucar Kita Selangor | RM100 Setiap Bulan (Bantuan akan diberikan dalam tempoh 6 bulan bermula Jun sehingga November 2026) | RM600 |
CARA MOHON BAUCAR KITA SELANGOR
Program Bantuan Baucar Kita Selangor baru sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada pertengahan April 2026. Oleh itu, kaedah permohonan masih belum diumumkan, dan sistem pendaftaran atau platform permohonan rasmi akan dikemaskini dari semasa ke sama sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Seramai 50,000 rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan menerima bantuan ini, di mana ia mungkin akan dipilih secara automatik berdasarkan kategori dan data rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40) di Negeri Selangor.
SYARAT KELAYAKAN MOHON BAUCAR KITA
Kelayakan penerima bantuan Baucar Kita Selangor RM100 adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penduduk tetap Selangor (bermukim di Negeri Selangor);
- Pendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40);
Syarat KHUSUS dan lebih terperinci masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TARIKH KREDIT BAUCAR KITA
Tarikh rasmi untuk pemberian baucar RM100 sebulan belum diumumkan. Namun, bantuan ini akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Jun sehingga November 2026.
| JADUAL AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Jun 2026 | RM100 |
| Julai 2026 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM100 |
| September 2026 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM100 |
| November 2026 | RM100 |
| Total Keseluruhan | RM600 |
Tarikh rasmi pelaksanaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Baucar Kita Selangor anda boleh rujuk info rasmi di bawah :
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor : https://www.selangor.gov.my/utama
- Talian Bantuan : 03-55447000
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://web.facebook.com/MediaSelangor/posts/kerajaan-negeri-akan-memperkenalkan-baucar-kita-selangor-bernilai-rm100-sebulan-/1414073347421371/?_rdc=1&_rdr#