SEMAKAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026 : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN
RM100 setiap bulan akan diberikan kepada 50,000 ribu rakyat Selangor sebagai bantuan tunai tambahan melalui program Baucar Kita Selangor yang dapat digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur dan keperluan runcit yang lain.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Baucara Kita Selangor RM100 setiap bulan? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026 ONLINE
APA ITU BAUCAR KITA SELANGOR?
Baucar Kita Selangor adalah antara salah satu inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang bertujuan untuk membantu rakyat Selangor mendepani isu peningkatan kos sara hidup oleh kerana krisis geopolitik di Asia Barat.
Peruntukan untuk pelaksanaan Baucar Kita Selangor melibatkan sebanyak RM30 juta untuk disalurkan kepada 50,000 ribu rakyat Selangor pada setiap bulan selama enam (6) bulan dari Jun hingga November 2026 ini.
SIAPA LAYAK TERIMA BAUCAR KITA SELANGOR
Seramai 50,000 ribu penerima Baucar Kita Selangor yang dipilih adalah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penduduk tetap di Selangor (Mukim Selangor);
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Pendapatan rendah (B40 dan M40).
*Untuk syarat-syarat khas yang lain akan diupdate semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Selangor.
NILAI BAUCAR KITA SELANGOR 2026
Baucar Kita Selangor akan diberikan kepada setiap penerima dengan nilai yang sama pada setiap bulan, iaitu sebanyak berikut :
✅ RM100 setiap bulan sehingga RM600 (setiap penerima).
TARIKH PEMBERIAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026
Pemberian Baucar Kita Selangor akan dilaksanakan bermula pada bulan Jun selama enam (6) bulan sehingga November seperti berikut :
| BIL. | TARIKH PEMBERIAN | NILAI BAUCAR |
|---|---|---|
| 1. | Jun 2026 | RM100 |
| 2. | Julai 2026 | RM100 |
| 3. | Ogos 2026 | RM100 |
| 4. | September 2026 | RM100 |
| 5. | Oktober 2026 | RM100 |
| 6. | November 2026 | RM100 |
SEMAKAN BAUCAR KITA SELANGOR 2026
Belum ada sebarang portal yang dibuka oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk semakan status Baucar Kita Selangor. Namun, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah membuka portal untuk semakan, pihak kami akan kongsikan panduan lengkap cara semakan yang betul.
Rakyat Selangor disarankan untuk sentiasa membaca makluman terkini oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetahui informasi lebih lanjut berkaitan permohonan dan semakan status dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Selangor. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.buletintv3.my/nasional/baucar-kita-selangor-rm100-bantuan-pengangkutan-setiap-bulan-antara-inisiatif-bantu-rakyat-selangor/.