MYSALAM SEMAK KELAYAKAN – TUNTUTAN BAYARAN
Bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menuntut Bantuan mySalam (takaful perlindungan percuma) yang disediakan oleh Kerajaan, tuntutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan bayaran akan dimasukkan sekiranya layak.
Bagaimanakah semak kelayakan dan tuntutan bayaran mySalam? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SKAS ONLINE : STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 2 2026
SENARAI TUNTUTAN MYSALAM
Terdapat dua (2) manfaat yang boleh buat tuntutan mySalam, antaranya adalah :
- Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian.
- Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.
JUMLAH BAYARAN MYSALAM
Penerima yang layak hanya boleh menuntut bayaran Bantuan mySalam sebanyak jumlah yang ditetapkan mengikut jenis tuntutan berikut :
| JENIS TUNTUTAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Tuntutan 50 Penyakit Kritikal | RM8,000 sekali seumur hidup |
| Tuntutan Hospitalisasi | RM50 sehari atau sehingga RM700 untuk 14 hari |
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Bukan semua rakyat Malaysia layak untuk menuntut bayaran mySalam, kerana ianya terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara : Pemohon perlu merupakan warganegara Malaysia.
- Umur : Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Kategori : Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dalam kategori B40 (Individu, Pasangan, atau Warga Emas).
- Pendaftaran : Berdaftar dalam pangkalan data LHDN/Kementerian Kewangan.
MYSALAM SEMAK KELAYAKAN
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak tuntut bayaran mySalam, anda boleh buat semakan kelayakan di laman web rasmi mySalam seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi mySalam di sini :
- Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad anda.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800424112345.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan mySalam akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN BAYARAN MYSALAM
Berikut merupakan cara untuk buat tuntutan mySalam bagi penyakit kritikal dan hospitalisasi :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] atau [Tuntutan Hospitalisasi]
- *Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal] atau [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.