CHECK BANTUAN MYKASIH ONLINE : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN SARA MYKASIH 2026

CHECK BANTUAN MYKASIH ONLINE : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN SARA MYKASIH 2026

Walaupun Bantuan SARA MyKasih disalurkan setiap bulan. Namun, masih ada sebahagian penerima yang tidak mengetahui bawah mereka layak terima bayaran dan tidak pernah menuntut bantuan di mana-mana premis terpilih MyKasih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cara check kelayakan Bantuan MyKasih secara online? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SKAS FASA 2 2026 : TARIKH, BAYARAN & JUMLAH SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan seperti miskin tegar dan bukan miskin :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKANKADAR BAYARAN
Isi Rumah Miskin TegarRM200 setiap bulan
Isi Rumah Bukan MiskinRM100 setiap bulan
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKANKADAR BAYARAN
Warga Emas Miskin TegarRM150 setiap bulan
Warga Emas Bukan MiskinRM50 setiap bulan
  • Kategori Bujang :
KELAYAKANKADAR BAYARAN
Bujang Miskin TegarRM100 setiap bulan
Bujang Bukan MiskinRM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SARA MyKasih pada setiap bulan :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

PLATFORM BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Pembayaran Bantuan SARA MyKasih dimasukkan ke dalam platform berikut :

CARA BAYARANPLATFORM
Bayaran secara tanpa tunai
(cashless)
setiap bulan untuk
beli barang keperluan asas
di kedai berdaftar dengan
MyKasih
Kad Pengenalan (KP)

CHECK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH ONLINE

Anda boleh check status kelayakan Bantuan SARA MyKasih secara online melalui pautan Portal Rasmi MyKasih seperti panduan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Atau boleh juga check status kelayakan melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
    • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
  4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
  5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
  6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  9. Klik pada butang [Semakan Status].
  10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment