Ramai Tak Sedar Bantuan Barang Dapur Ini Masih Aktif – Ini Cara Semak Status & Guna

Ramai Tak Sedar Bantuan Barang Dapur Ini Masih Aktif – Ini Cara Semak Status & Guna

Walaupun Bantuan Barang Dapur masih aktif disalurkan, namun masih ada penerima yang tidak sedar dan tidak pernah menuntutnya di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia. Sementara ianya masih aktif disalurkan, penerima yang layak perlu dapatkannya segera sebelum tamat tempoh.

Bagaimanakah cara semak status dan guna Bantuan Barang Dapur ini? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

Baca Juga : TERKINI! Senarai Barang Dapur Yang Boleh Beli Guna MyKad (Ramai Salah Faham)

Ramai Tak Sedar Layak Terima Bantuan Barang Dapur – Ini Syarat Kelayakan

Ini merupakan syarat kelayakan penerima yang ditetapkan tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia 🇲🇾
Had UmurBujang : 21 – 59 tahun
Isi Rumah : 18 tahun ke atas
Warga Emas : 60 tahun ke atas
Status PerkahwinanBerkahwin

atau

Balu / Bercerai
Kadar Pendapatan
Bulanan
Bawah Garis Kemiskinan (PGK)
berdaftar dalam e-Kasih

atau

RM2,501 hingga RM5,000 (B40)
Status Permohonan
STR
Lulus ✅

Ramai Tak Sedar Bantuan Barang Dapur Ini Masih Aktif – Ini Cara Semak Status & Guna

Antara sebab ramai yang tak sedar Bantuan Barang Dapur ini masih aktif disalurkan adalah kerana Kerajaan menyalurkannya secara tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima yang layak tanpa perlu kemukakan permohonan.

Cara Semak Status Penerima Bantuan Barang Dapur

Oleh itu, semak status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Barang Dapur seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Cara Guna Bantuan Barang Dapur

Jika disahkan layak, anda boleh menebus Bantuan Barang Dapur mengikut cara seperti berikut :

  1. Pergi ke kedai yang berdaftar : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
  2. Ambil barang dapur yang terpilih (ada label SARA MyKasih).
  3. Berikan Kad Pengenalan anda pada juruwang bertugas.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang dapur yang dipilih.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan anda.
  6. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.

Jumlah Bantuan Barang Dapur

Sebelum tebus Bantuan Barang Dapur, ketahui jumlah yang layak anda terima :

PENERIMA PENDAPATAN
GARIS KEMISKINAN
PENERIMA PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000
Isi Rumah :
RM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah :
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga Emas :
RM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
Warga Emas :
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
Bujang :
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang :
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

Tarikh & Tempoh Bantuan Barang Dapur Masih Aktif

Berikut merupakan tarikh dan tempoh aktif Bantuan Barang Dapur untuk tahun 2026 :

TARIKH KREDITTEMPOH AKTIFTARIKH AKHIR
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
12 bulan31 Disember 2026

Rujukan Lanjut

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment