MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai

MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai

Walaupun Bantuan MyKasih telah dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan penerima. Namun, ramai penerima yang tidak tahu cara menggunakannya di kedai terpilih. Mudah sahaja untuk guna Bantuan MyKasih kerana pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.

Bagaimanakah cara guna Bantuan MyKasih di kedai? Rujuk panduan lebih lanjut di bawah.

Baca Juga : Jangan Abaikan! Bantuan Dalam MyKad Ini Ramai Tak Claim

Senarai Kedai Boleh Guna MyKasih

Kini, lebih 10,000 kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dan mempunyai sistem bayaran dengan menggunakan Bantuan MyKasih. Penerima yang layak boleh membuat pembelian di kedai-kedai terpilih seperti berikut :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Store (Tesco).
  • Lulus Supermarket.
  • TF Mart.

*Dan pelbagai lagi pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar MyKasih (Semak senarai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).

MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai

Oleh kerana ramai yang tak tahu bagaimana cara untuk guna Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan. Berikut kami kongsikan cara mudah untuk guna Bantuan MyKasih di kedai terpilih seluruh Malaysia :

LANGKAHCARA GUNA MYKASIH
1.Kunjungi kedai berdaftar dengan MyKasih
berhampiran anda
2.Pilih barang keperluan asas yang ada
label MyKasih pada rak tanda harga
3.Pergi ke ‘Kaunter MyKasih’
4.Berikan Kad Pengenalan kepada
juruwang untuk pengesahan penerima
5.Juruwang akan imbas setiap barang
yang dipilih sehingga mencukupi
jumlah baki
6.Transaksi bayaran akan disahkan guna
Kad Pengenalan penerima
7.Resit pembelian akan diberikan
untuk bukti transaksi

Tarikh Masuk MyKasih Bulan Ini

Bulan ini (April), Bantuan MyKasih telahpun dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan penerima dan boleh digunakan pada bila-bila masa memerlukan. Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan MyKasih untuk bulan ini :

JENIS BAYARANTARIKH KREDIT
Bulanan MyKasih01 April 2026 (Rabu)

Jumlah MyKasih Masuk Bulan Ini

Tidak semua penerima akan menerima Bantuan MyKasih dengan jumlah yang sama. Ini kerana, Kerajaan telah menetapkan jumlah yang berbeza mengikut kategori serta kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT
(BULAN INI)
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 / setiap
ketua isi rumah
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 / setiap
individu
Bujang
Miskin Tegar
RM100 / setiap
individu
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 / setiap
ketua isi rumah
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 / setiap
individu
Bujang
Bukan Miskin
RM50 / setiap
individu

Rujukan Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/

Leave a Comment