Ramai Tak Sedar Bantuan Dalam MyKad Dah Masuk Hari Ini – Ini Cara Guna

Ramai Tak Sedar Bantuan Dalam MyKad Dah Masuk Hari Ini – Ini Cara Guna

Bantuan SARA telahpun dimasukkan ke dalam MyKad penerima-penerima yang layak. Namun, masih ada yang tidak sedar mereka layak dan tidak pernah menggunakannya untuk beli barang keperluan asas. Oleh itu, mereka yang layak disarankan untuk guna Bantuan dalam MyKad sebelum tamat tempoh.

Bagaimanakah cara guna Bantuan dalam MyKad? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca Juga : PORTAL IHSAN MADANI 2026 – SEMAK KELAYAKAN & SENARAI BANTUAN

Bila Bantuan Dalam MyKad Dimasukkan?

Mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa Bantuan SARA dimasukkan ke dalam MyKad penerima dari bulan Januari mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

CARA BAYARANTARIKH KREDIT
Bayaran Setiap Bulan9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Bayaran One-Off9 Februari 2026

Ramai Tak Sedar Bantuan Dalam MyKad Dah Masuk Hari Ini – Ini Cara Guna

Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk guna Bantuan dalam MyKad, anda boleh ikuti panduan mudah untuk guna Bantuan dalam MyKad di bawah :

  1. Kunjungi kedai terpilih berhampiran anda :
  2. Pilih barang keperluan asas yang anda perlukan.
    • *Pastikan ada label ‘Sumbangan Asas Rahmah’ pada rak tanda harga.
  3. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan sahkan baki yang ada dalam MyKad.
  5. Barang keperluan yang terpilih akan diimbas pada mesin yang disediakan.
  6. Transaksi pembelian akan disahkan guna MyKad.
  7. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.

*Nota : Jika anda mengambil barang yang tiada label ‘Sumbangan Asas Rahmah’ atau melebihi baki dalam MyKad, anda perlu membuat bayaran lebihan tersebut secara tunai.

Berapa Jumlah Bantuan Dah Masuk Dalam MyKad?

Setakat ini (April 2026) jumlah Bantuan yang telah dimasukkan ke dalam MyKad penerima adalah sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KREDIT
SETIAP BULAN
JUMLAH
SETAKAT INI
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200= RM800
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150= RM600
Bujang
Miskin Tegar
RM100= RM400
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100= RM400
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50= RM200
Bujang
Bukan Miskin
RM50= RM200
*Tambahan RM100 secara one-off setiap penerima di atas dan kepada 16 juta rakyat Malaysia yang bukan penerima sedia ada.

Bila Tarikh Akhir Guna Bantuan Dalam MyKad?

Namun setiap penerima harus mengetahui bahawa Bantuan yang dimasukkan ke dalam MyKad mempunyai tarikh tamat tempoh yang mana setiap penerima perlu menggunakannya sebelum tarikh akhir, iaitu pada :

CARA BAYARANTARIKH AKHIR GUNA
Bayaran Setiap Bulan31 Disember 2026
Bayaran One-Off31 Disember 2026
*Nota : Kegagalan menggunakan Bantuan dalam MyKad sebelum tarikh akhir, bantuan akan ditarik dari MyKad dan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Ramai Tak Sedar Layak Terima Bantuan Dalam MyKad – Ini Cara Semak Kelayakan

Bagi yang tidak sedar bahawa mereka layak terima Bantuan dalam MyKad, boleh buat semakan kelayakan secara online seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
  4. Klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status kelayakan penerima Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Rujukan Lanjut

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment