SEMAKAN E KASIH SARA 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN
Individu yang merupakan ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berdaftar serta tersenarai dalam rekod data eKasih akan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dengan kadar bayaran yang tertinggi sehingga RM2,400 setahun.
Bagaimanakah semakan penerima bayaran Bantuan eKasih SARA? Rujuk panduan semakan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN BANTUAN SKAS FASA 2 2026
KADAR BAYARAN E KASIH SARA 2026
Bayaran Bantuan SARA kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih adalah berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :
| KATEGORI | PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN E KASIH SARA 2026
Kesemua penerima Bantuan SARA yang daftar eKasih dan bukan eKasih akan terima bayaran pada tarikh yang sama seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
KELAYAKAN PENERIMA E KASIH SARA 2026
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima eKasih SARA yang ditetapkan :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | -Isi rumah -Warga Emas -Bujang |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin & Miskin Tegar |
| Status eKasih | Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Permohonan STR 2026 | Lulus ✅ |
SEMAKAN E KASIH SARA 2026
Ikuti cara semakan kelayakan eKasih dan SARA seperti berikut :
- Cara Semak Kelayakan eKasih :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Klik pada [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak Kelayakan SARA :
- Sila layari portal rasmi SARA; atau klik pada pautan di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenlan pada ruangan ‘Nombor MyKad*’ tanpa (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.