SEMAK BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

SEMAK BARANG MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

Penerima yang berkelayakan boleh beli apa sahaja barang keperluan asas yang disenaraikan dengan menggunakan MyKad di mana-mana 10,000 kedai terpilih seluruh Malaysia. Bagi mengelakkan penerima mengambil barangan bukan MyKasih, Kerajaan telah menyenaraikan barangan yang boleh dibeli dan penerima juga boleh buat semakan (scanning) kod bar.

Bagaimanakah cara semak barang MyKasih? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSALAM SEMAK TUNTUTAN – LAYAK ATAU TIDAK

SENARAI BARANG MYKASIH

Lebih 15 barangan MyKasih yang disenaraikan boleh dibeli dengan menggunakan MyKad, antaranya adalah :

  • Beras :
    • Beras jenama tempatan.
  • Telur :
    • Pelbagai gred A, B, C dan D.
  • Minyak masak :
    • Botol atau paket plastik.
  • Roti :
    • Pelbagai jenis roti tanpa mengira jenama.
  • Biskut :
    • Biskut kering atau berkrim.
  • Mi segera :
    • Maggie, Mi Sedap, Mamee dan sebagainya.
  • Tepung :
    • Tepung pelbagai guna, tepung ubi, tepung jagung dan sebagainya.
  • Bahan perasa :
    • Gula, garam, kicap, sos cili, sos tomato, cukup rasa dan sebagainya.
  • Makanan dalam tin :
    • Tuna, sardin dan kacang panggang.
  • Makanan sejuk beku :
    • Daging burger, sosej, nuget dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Teh, coklat (Milo), susu, kopi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Produk penjagaan diri :
    • Sabun mandian, shampoo, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, pencuci pakaian, pencuci pinggan dan sebagainya.
  • Keperluan sekolah :
    • Alat tulis, kasut, pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan sebagainya.

CARA SEMAK BARANG MYKASIH

Ataupun penerima boleh juga semak kod bar barangan MyKasih untuk memastikan ianya barang yang tersenarai dan boleh dibayar menggunakan MyKad. Ikuti cara semak barang MyKasih dengan guna aplikasi seperti di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan :
    • SARA Untuk Semua; atau
    • SARA Bulanan & SARA Untuk Semua.
  4. Pilih berdasarkan kelayakan anda.
    • Contoh : [SARA Untuk Semua].
  5. Tandakan pada kotak [ / ] Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Akses dan Notis Privasi.
  6. Klik pada butang [TERUSKAN].
  7. Bahagian utama aplikasi MyKasih akan dipaparkan.
  8. Klik pada ikon [Semak Barang].
  9. Pilih [IMBAS KOD BAR] atau [MASUKKAN KOD BAR].
  10. Status barangan MyKasih akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA BELI BARANG MYKASIH

Bagi penerima yang belum pernah buat pembelian barang MyKasih, ikuti cara beli yang mudah seperti berikut :

LANGKAHKETERANGAN CARA BELI
1.Kunjungi premis berdaftar MyKasih
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
2.Ambil barang keperluan yang anda
inginkan (pastikan ada label MyKasih)
3.Pergi ke ‘Kaunter MyKasih’
4.Berikan MyKad kepada juruwang
untuk pengesahan penerima MyKasih
5.Juruwang akan imbas barang terpilih
MyKasih pada peranti
6.Transaksi bayaran akan disahkan
guna MyKad penerima
7.Resit pembelian akan diberikan
untuk rujukan baki MyKasih

HAD BELI BARANG MYKASIH

Berikut merupakan had Bantuan MyKasih yang dikreditkan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sehingga setahun :

KELAYAKAN
PENERIMA
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Miskin &
Miskin Tegar
RM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Asas Bukan
Miskin
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

TARIKH & TEMPOH BELI BARANG MYKASIH

Namun, penerima perlu mengetahui bila tarikh Bantuan MyKasih dikreditkan, tempoh pembelian dan tarikh akhir pembelian seperti berikut :

TARIKH KREDITTEMPOH
BELI BARANG
TARIKH AKHIR
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
12 bulan31 Disember 2026

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment