BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN

BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN

Bantuan laptop atau komputer riba secara percuma (BAIK SABAH) kini di buka. Para pelajar yang memenuhi syarat kelayakan bantuan digalakkan untuk membuat permohonan segera bagi memanfaatkan peluang dan kemudahan yang disediakan untuk membantu proses pembelajaran di IPT.

Bagaimanakah cara mohon dan semak kelayakan bantuan laptop percuma? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

BANTUAN LAPTOP PERCUMA

Bantuan Laptop Percuma atau Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah ialah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan kemudahan komputer riba untuk kegunaan dalam proses pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Nama ProgramBantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah
Jenis BantuanBantuan Komputer Riba (Laptop)
KelayakanPelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Cara MemohonSepenuhnya di atas talian (online)

TARIKH MOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA

Permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah boleh dibuat bermula tarikh berikut :

TARIKH PERMOHONAN
1 April 2026, (Rabu)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2026

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah, terdiri daripada :

  • Berstatus Bumiputera Sabah;
  • Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS sepenuh masa;
  • Pelajar Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda;
  • Terdiri daripada keluarga B40 (pendapatan RM4,850 dan ke bawah) atau eKasih;

Catatan : Satu (1) komputer HANYA diberikan untuk satu (1) Isi Rumah sahaja.

CARA MOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA 2026

Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah, boleh di mohon secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) : https://baik.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan [permohonan]
  4. ⁠Sekiranya anda belum daftar, klik [belum daftar].
  5. Isikan maklumat seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, e-Mel, dan Kata Laluan di ruangan yang disediakan.
  6. Klik [daftar].
  7. Setelah pendaftaran selesai, klik [permohonan].
  8. Log Masuk Sistem dengan masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] di ruangan yang telah disediakan.
  9. Klik [Log Masuk].
  10. ⁠Setelah berjaya Log Masuk, isikan maklumat yang diperlukan untuk permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) dengan lengkap.
  11. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  12. Klik [hantar] dan [Cetak] untu tujuan rujukan.
  13. ⁠Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA

Berikut merupakan dokumen penting yang perlu disediakan semasa membuat permohoan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK SABAH) :

  • Surat Beranak (Pemohon & Ibu Bapa);
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & Ibu Bapa);
  • Slip Gaji Ibu Bapa / Surat Pengesahan Bekerja (Disahkan Oleh Pegawai Daerah);
  • Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ;
  • Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri : 088-369872 / 088-369164 / 088-369897/088-369890
  • Portal Rasmi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah : https://baik.sabah.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://baik.sabah.gov.my/

Leave a Comment