BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah akan dibayar kepada penerima eKasih yang layak mengikut Fasa yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara semak kelayakan penerima dan bila masuk syukur sabah fasa 2 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
OBJEKTIF SYUKUR SABAH
Tujuan utama pelaksanaan Program SYUKUR Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH
Penerima Bantuan Program SYUKUR Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
TARIKH BILA MASUK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2
Program SYUKUR Sabah akan dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual dan tarikh berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| SYUKUR Sabah Fasa 2 (April – Jun) | Bayaran akan dilaksanakan antara Bulan Mei sehingga Jun. Tarikh pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan |
JUMLAH MASUK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
| FASA BANTUAN | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| SYUKUR SABAH Fasa 2 (April – Jun) | RM600 (Amaun 3 Bulan Pembayaran = RM200 Per Bulan) |
SEMAK KELAYAKAN SYUKUR SABAH FASA 2
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| PADANS Sabah | https://padans.sabah.gov.my/ |
| SYUKUR Sabah | https://syukur.sabah.gov.my/ |
Semakan Status di Portal PADANS Sabah :
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Semakan Status di Portal SYUKUR Sabah :
- Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
CARA MASUK DUIT SYUKUR SABAH FASA 2
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Bantuan PSKR Sabah kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah |
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq