SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK & BAYARAN (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)
Setakat ini, bayaran Bantuan Asas Rahmah masih diteruskan dan dikreditkan setiap bulan kepada seramai 8.1 juta penerima yang layak dan penerima isi rumah, warga emas dan bujang boleh menggunakan bantuan setiap bulan.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah? Rujuk panduan di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN MYKAD 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU BANTUAN ASAS RAHMAH?
Bantuan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah program payung rahmah yang disalurkan sebagai bantuan tambahan untuk membantu rakyat menampung kos perbelanjaan dapur dan keperluan asas secara bulanan.
CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakan Bantuan Asas Rahmah, Kerajaan menetapkan hanya satu (1) sahaja cara bayaran iaitu dikreditkan melalui Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk beli barang secara tanpa tunai (cashless).
- 🏢 Lebih 10,000 kedai runcit, pasar mini dan pasar raya yang berdaftar mempunyai sistem bayaran guna Kad Pengenalan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Jumlah pembayaran Bantuan Asas Rahmah sebulan sekali adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan (Penerima Miskin Tegar) dan RM100 sebulan (Penerima Bukan Miskin) |
| Warga Emas | RM150 sebulan (Penerima Miskin Tegar) dan RM50 sebulan (Penerima Bukan Miskin) |
| Bujang | RM100 sebulan (Penerima Miskin Tegar) dan RM50 sebulan (Penerima Bukan Miskin) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Asas Rahmah yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan untuk sepanjang tahun 2026 :
- 🗓️ Tarikh Bayaran Setiap Bulan 2026 :
- 09 & 16/01/2026 (Jumaat)
- 01/02/2026 (Ahad)
- 01/03/2026 (Ahad)
- 01/04/2026 (Rabu)
- 01/05/2026 (Jumaat)
- 01/06/2026 (Isnin)
- 01/07/2026 (Rabu)
- 01/08/2026 (Sabtu)
- 01/09/2026 (Selasa)
- 01/10/2026 (Khamis)
- 01/11/2026 (Ahad)
- 01/12/2026 (Selasa)
SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026
Bagi yang ingin mengetahui kelayakan dan status bayaran Bantuan Asas Rahmah, sila buat semakan di laman rasmi seperti berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan Asas Rahmah ini :
- Halaman utama Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa tanda “-” dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800410112345.
- Tanpa tanda “-” dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Asas Rahmah, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.