MYSARA SEMAKAN 2026 : SAMA ADA STATUS LAYAK ATAU TIDAK

MYSARA SEMAKAN 2026 : SAMA ADA STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Program Bantuan mySARA diteruskan untuk tahun 2026, malah diperluaskan kepada lebih ramai penerima dan dengan lebih banyak peruntukan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan sama ada status layak atau tidak mySARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN MYKASIH DALAM IC

APA ITU MYSARA?

MySARA adalah singkatan dari Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan sebuah bantuan tambahan yang dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi Kad Pengenalan penerima khas untuk membeli barang keperluan asas seperti barang dapur dan keperluan harian yang lain.

Tidak termasuk :

  • ❌ Pengeluaran tunai dari Kad Pengenalan.
  • ❌ Bayaran pengangkutan awam.
  • ❌ Pembelian barang elektronik.
  • ❌ Pembelian rokok, alkohol dan tembakau.

KRITERIA PENERIMA MYSARA 2026

Penerima yang terpilih menerima Bantuan mySARA adalah mereka yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan secara umum seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
Kategori Penerima🧑‍🦱Bujang
👰🤵Isi Rumah
🧑‍🦳Warga Emas
Kadar PendapatanBawah RM2,500
atau
Tidak melebihi RM5,000
Status eKasihBerdaftar atau tidak
Permohonan STR 2026Berstatus Lulus ✅

JUMLAH KREDIT MYSARA 2026

Bantuan mySARA dikreditkan dengan jumlah yang berlainan bagi setiap penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT MYSARA
BujangDaftar eKasih : RM1,200 setahun
atau
Bukan eKasih : RM600 setahun
Isi RumahDaftar eKasih : RM2,400 setahun
atau
Bukan eKasih : RM1,200 setahun
Warga EmasDaftar eKasih : RM1,800 setahun
atau
Bukan eKasih : RM600 setahun

JADUAL KREDIT MYSARA 2026

Namun, Bantuan mySARA tidak dikreditkan secara sekaligus sebaliknya dikreditkan secara ansur setiap bulan seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH KREDIT MYSARA
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

MYSARA SEMAKAN 2026

Ikuti panduan lengkap semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan mySARA untuk tahun 2026 seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi mySARA di sini 👇 :
  2. Laman web rasmi mySARA akan dipaparkan.
  3. Pergi ke butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
      • Contoh : 801030112345.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima mySARA akan dipaparkan.
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment