SEMAK BANTUAN SARA ONLINE : YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN 2026
Individu / rakyat Malaysia yang terpilih layak Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) akan secara automatik terima bayaran dalam MyKad setiap bulan bagi pembelian barang keperluan asas untuk seisi keluarga.
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan SARA secara online? Baca info lebih lanjut dan ikuti panduan semakan di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA dalam MyKad penerima pada setiap bulan :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar (Daftar eKasih) | RM200 setiap bulan |
| Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar (Daftar eKasih) | RM150 setiap bulan |
| Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar (Daftar eKasih) | RM100 setiap bulan |
| Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Setiap bulan, bayaran Bantuan SARA akan dikreditkan dalam MyKad penerima secara automatik pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Penerima yang terpilih layak Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut cara guna yang mudah seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis terpilih SARA (Kedai runcit / pasar raya yang mempunyai banner ‘SARA MyKasih diterima di sini’ |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang diluluskan dan mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA |
| 4. | Juruwang akan kembalikan MyKad dan akan imbas setiap barang keperluan yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad anda |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki Bantuan SARA |
SEMAK BANTUAN SARA ONLINE
Bagi yang ingin mengetahui status sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA bayaran dalam MyKad setiap bulan, anda boleh menbuat semakan secara online melalui laman rasmi SARA seperti berikut :
- Sila layari pautan laman rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke laman rasmi SARA.
- Pada halaman utama SARA, klik butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 801020112345.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan :
- “Layak”; atau
- “Nombor MyKad tidak wujud dalam sistem” -tidak layak.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak terima Bantuan SARA :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.