PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Duit simpanan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk pengeluaran sekiranya ahli memerlukan bagi kegunaan mendesak. Namun, ahli perlulah memenuhi kelayakan terkini yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status pengeluaran duit KWSP terkini? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JENIS AKAUN PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Terdapat tiga (3) akaun KWSP iaitu Akaun Persaraan (1), Akaun Sejahtera (2) dan Akaun Fleksibel (3) yang mana ketiga-tiga akaun tersebut boleh dikeluarkan mengikut tempoh masa tertentu yang ditetapkan seperti berikut :

  • Akaun Persaraan (1) : 75% simpanan (boleh dikeluarkan pada umur 55 hingga 60 tahun khas untuk hari persaraan sahaja).
  • Akaun Sejahtera (2) : 15% simpanan (boleh dikeluarkan untuk keperluan seperti pembelian rumah, pendidikan, kesihatan dan sebagainya yang diluluskan).
  • Akaun Fleksibel (3) : 10% simpanan (boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja keperluan mendesak).

KADAR PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI

Bagi pengeluaran Akaun Persaraan (1) dan Akaun Sejahtera (2), ahli boleh membuat pengeluaran dengan kadar simpanan yang ada dalam akaun apabila mencapai umur dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Namun, bagi Akaun Fleksibel (3) mempunyai kadar pengeluaran yang ditetapkan seperti berikut :

KADAR PENGELUARAN
MINIMUM
KADAR PENGELUARAN
MAKSIMUM
RM50RM3,000
sehingga
lebih RM30,000
(mengikut jumlah yang ada
dalam akaun)

SYARAT PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI

Bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran duit simpanan KWSP dari Akaun Fleksibel (3), ahli perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia / Bukan Warganegara
Umur AhliBelum mencapai umur
55 tahun (2026)
Status SimpananMempunyai simpanan dalam
akaun 3
Kadar
Pengeluaran
Minimum RM50 atau
Maksimum RM30,000 atau
lebih (mengikut jumlah yang ada)

PANDUAN PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2026

Jika telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, ahli boleh terus memohon pengeluaran duit KWSP dari Akaun Fleksibel (3) dengan mudah secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetuju dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN DUIT KWSP

Setelah permohonan pengeluaran KWSP dari Akaun Fleksibel (3) telah dilakukan, ahli boleh mengetahui status sama ada layak atau tidak permohonan tersebut mengikut panduan semakan berikut :

  1. Buka aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Log Masuk guna ID dan kata laluan anda.
  3. Terus ke bahagian [Pengeluaran].
  4. Layarkan skrin sedikit ke bawah
  5. Klik pada butang [Rekod Pengeluaran].
  6. Status permohonan pengeluaran akan dipaparkan :
    • “Diluluskan” atau
    • “Dalam Proses” atau
    • “Gagal”.
  7. Selesai.

TEMPOH PENGELUARAN DUIT KWSP

Setelah permohonan pengeluaran duit KWSP dilakukan, ahli perlu menunggu proses kelulusan oleh pihak KWSP selama tempoh berikut :

TEMPOH KELULUSANTEMPOH PENGKREDITAN
Tiga (3) hari bekerjaLima (5) ke tujuh (7)
hari bekerja

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada laman web rasmi KWSP. Oleh itu, bagi pembaca yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8 pagi – 5 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment