PENGELUARAN KWSP TERBARU 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

PENGELUARAN KWSP TERBARU 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara kini boleh membuat pengeluaran wang simpanan yang terbaru dari akaun masing-masing.

Bagaimanakah semakan status pengeluaran KWSP terbaru? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SENARAI AKAUN KWSP TERBARU 2026

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstruktur semula akaun dan menjadikan simpanan setiap bulan diagihkan kepada tiga (3) akaun seperti berikut :

SENARAI AKAUN KWSPKADAR SIMPANAN
Akaun 1
(Persaraan)
75% simpanan
Akaun 2
(Sejahtera)
15% simpanan
Akaun 3
(Fleksibel)
10% simpanan
*Nota : Ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja untuk Akaun 3 (Fleksibel).

SYARAT PENGELUARAN KWSP TERBARU 2026

Namun untuk lulus pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel), perlulah melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia / Bukan Malaysia.
  • Had Umur : Belum mencapai umur 55 tahun (ke bawah).
  • Status Simpanan : Mempunyai simpanan dalam Akaun 3 (Fleksibel).
  • Kadar Pengeluaran : Sekurang-kurangnya RM50 dan ke atas untuk setiap transaksi pengeluaran.

HAD PENGELUARAN KWSP TERBARU

Jika ahli ingin membuat pengeluaran wang simpanan dari Akaun 3 (Fleksibel), pencarum perlu mengetahui had yang dibolehkan untuk pengeluaran :

  • Kadar Pengeluaran Untuk Warganegara Malaysia :
HAD PENGELUARAN
MINIMUM
HAD PENGELUARAN
MAKSIMUM
RM50RM3,000
hingga
RM30,000
atau lebih
(berdasarkan kadar
simpanan yang ada
dalam akaun 3)
  • Kadar Pengeluaran Untuk Bukan Warganegara :
HAD PENGELUARAN
MINIMUM
HAD PENGELUARAN
MAKSIMUM
RM50RM3,000
hingga
RM30,000
atau lebih
(berdasarkan kadar
simpanan yang ada
dalam akaun 3)

CARA PENGELUARAN KWSP TERBARU

Ahli yang merupakan bukan Warganegara perlu membuat pengeluaran di kaunter KWSP yang terdekat dan ahli Warganegara Malaysia pula boleh buat pengeluaran secara dalam talian (online) melalui i-Akaun KWSP seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi KWSP https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login atau buka aplikasi i-Akaun KWSP dalam telefon pintar anda.
  2. Masukkan ID pengguna anda.
  3. Klik pada butang [Log Masuk Sekarang].
  4. Imej Keselamatan anda akan dipaparkan, jika betul klik [Ya, itu saya].
  5. Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
  6. Klik pada butang [Teruskan].
  7. Terus ke bahagian [Keluarkan Simpanan].
  8. Klik pada butang [Ok].
  9. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan (minimum RM50).
  10. Klik pada butang [Teruskan].
  11. Pilih akaun bank anda (pastikan atas nama anda sendiri).
  12. Kemudian, klik butang [Hantar].
  13. Permohonan pengeluaran akan diproses oleh KWSP.
  14. Selesai.

*Jika permohonan pengeluaran diluluskan, wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam masa tiga (3) ke tujuh (7) hari bekerja.

RUJUKAN LANJUT

Informasi dalam artikel ini hanya dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang ramai. Bagi yang mempunyai pertanyaan, sila rujuk pihak KWSP seperti berikut :

  • Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment