BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA APRIL 2026 (RM200 & RM100 & RM50)
Kesemua 8.1 juta penerima yang disahkan layak mula menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah yang seterusnya pada bulan April dan ianya boleh terus digunakan untuk beli barang keperluan asas di mana-mana 10,000 premis terpilih di Malaysia.
Bagaimanakah semakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah Fasa April? Ikut panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN ANGKA GILIRAN SPM : CARA & PANDUAN LENGKAP
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA APRIL 2026
Kerajaan telah mula menyalurkan bayaran Sumbangan Asas Rahmah untuk Fasa April melalui Kad Pengenalan penerima secara serentak pada tarikh :
🗓️ 1 April 2026 (Rabu)
*Nota : Bermula 1 April 2026 penerima boleh terus menggunakan Sumbangan Asas Rahmah untuk beli barang keperluan asas pada bila-bila sebelum 31 Disember 2026.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA APRIL 2026
Setiap kategori akan terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah untuk Fasa April yang berbeza dengan jumlah yang ditetapkan mengikut kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (FASA APRIL) |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM200 |
| Asas Bukan Miskin | RM100 |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM150 |
| Asas Bukan Miskin | RM50 |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM100 |
| Asas Bukan Miskin | RM50 |
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA APRIL 2026
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan bayaran Sumbangan Asas Rahmah untuk Fasa April, boleh buat semakan secara online mengikut panduan di bawah :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di atas.
- Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 880530112345.
- Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Sumbangan Asas Rahmah Fasa April akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG SUMBANGAN ASAS RAHMAH BOLEH BELI
Berikut merupakan antara barang yang boleh dibeli dengan menggunakan Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima :
- Bahan masakan asas :
- Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
- Makanan Sejuk beku :
- Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
- Makanan ringan :
- Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
- Keperluan asas bayi :
- Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
- Barang keperluan sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
*Nota : Mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah pada rak tanda harga.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.