SEMAKAN ANGKA GILIRAN SPM : CARA & PANDUAN LENGKAP

SEMAKAN ANGKA GILIRAN SPM : CARA & PANDUAN LENGKAP

Penting bagi calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengingati angka giliran kerana ianya digunakan untuk menduduki peperiksaan dan ianya juga digunakan bagi semakan keputusan peperiksaan secara atas talian (online) bagi calon yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan.

Bagaimanakah semakan angka giliran SPM? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK MY SARA 100 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

SEMAKAN ANGKA GILIRAN SPM

Calon-calon yang terlupa angka giliran untuk buat semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh dapatkannya melalui :

  • Calon Peperiksaan di Sekolah :
    • Dapatkan melalui pihak sekolah masing-masing.
  • Calon Peperiksaan Persendirian :
    • Hubungi pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); atau
    • Kunjungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

TARIKH KEPUTUSAN SPM

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2025 telah mula dikeluarkan bermula :

TARIKH KEPUTUSANWAKTU SEMAKAN
31 Mac 2026 (Selasa)Bermula 10:00 pagi
*Nota : Untuk semakan keputusan SPM secara atas talian (online) bermula 31 Mac 2026 hingga 6 April 2026 dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang sahaja.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM

Bagi calon yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah untuk dapatkan keputusan SPM atau calon persendirian boleh buat semakan keputusan secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi di sini : myresultspm.moe.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian semakan SPM.
  3. Masukkan No. Angka Giliran calon.
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan Diri calon.
  5. Klik pada butang [Hantar].
  6. Keputusan peperiksaan SPM 2025 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Selain itu, calon juga boleh membuat semakan melalui pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :

  1. Buka aplikasi [Mesej] dalam telefon bimbit anda.
  2. Klik pada [Cipta Mesej Baru].
  3. Masukkan Nombor [15888].
  4. Taip : SPM<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak> Nombor Angka Giliran.
    • Contoh : SPM 080230112345 AA10203A.
  5. Klik pada butang [Hantar].
  6. Keputusan peperiksaan SPM 2025 akan dihantar melalui SMS anda.
  7. Selesai.

TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN SPM

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan takrifan gred peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut :

  • A+ : Cemerlang Tertinggi.
  • A : Cemerlang Tinggi.
  • A- : Cemerlang.
  • B+ : Kepujian Tertinggi.
  • B : Kepujian Tinggi.
  • B- : Kepujian Atas.
  • C : Kepujian.
  • D : Lulus Atas.
  • E : Lulus.
  • G : Gagal.

**Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2025. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus mendapatkan kecemerlangan pada masa hadapan.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini supaya dapat memudahkan carian orang ramai. Bagi yang ingin mengajukan pertanyaan berkaitan Angka Giliran SPM, sila rujuka pihak berwajib melalui laman web rasmi berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.

Leave a Comment