SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Bayaran Bantuan Tunai Rahmah / STR Fasa 2 telah selesai dibayar kepada kesemua penerima sedia ada dan kini tiba giliran penerima baharu dan rayuan pula akan mula menerima bayaran yang bermula pada 30 Mac 2026 dan berperingkat.

Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MY SARA – STATUS KELAYAKAN & MAKLUMAT BAYARAN 2026

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Bagi bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 terdapat pertambahan bilangan penerima baharu yang menjadikan seramai berikut :

KELAYAKAN & KATEGORIBILANGAN PENERIMA
Penerima Sedia Ada
(Isi Rumah B40, M40 & Warga Emas)
5.1 juta penerima
Penerima Baharu
(Isi Rumah B40, M40 & Warga Emas)
200,000 penerima

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Ketahui bila tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 mengikut kelayakan penerima :

    KELAYAKAN
    PENERIMA
    TARIKH BAYARANSTATUS
    BAYARAN
    Penerima Sedia AdaBermula
    10 Mac 2026 (Selasa)
    Telah selesai dibayar
    Penerima BaharuBermula
    30 Mac 2026 (Isnin)
    Mula dibayar

    CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

    Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah yang disediakan mengikut jenis penerima :

    JENIS PENERIMACARA BAYARAN
    Penerima mempunyai
    akaun bank
    (serta melengkapkan
    maklumat akaun bank
    semasa permohonan)
    Dibayar secara pengkreditan
    terus ke dalam akaun bank
    penerima melalui sistem
    ‘IBG Credit Fund’ (berperingkat)
    Penerima tiada akaun bank
    atau
    tidak melengkapkan
    maklumat kaun bank
    (termasuk penerima di
    Sabah dan Sarawak)
    Dibayar secara tunai di kaunter
    cawangan Bank Simpanan
    Nasional (BSN) yang terdekat
    dengan penerima

    KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

    Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 mengikut kategori penerima :

    KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
    (FASA 3 2026)
    Isi Rumah B40RM200 hingga RM600
    (tertakluk jumlah anak / tanggungan)
    Isi Rumah M40RM100 hingga RM350
    (tertakluk jumlah anak / tanggungan)
    Warga EmasRM150
    (setiap seorang warga emas yang
    tiada pasangan)

    SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

    Penerima baharu dan rayuan boleh mula membuat semakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 untuk tahu sama ada ianya telah dibayar atau belum. Ikuti cara semakan seperti di bawah :

    1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Halaman utama Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
    3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
    4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
      • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
        • Contoh : 900230112345.
    5. Klik pada butang [Semak].
    6. Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
    7. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
    8. Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
    9. Klik pada butang [Log Masuk].
    10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
    11. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
    12. Status bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 akan dipaparkan seperti :
      • “Telah Dikreditkan”; atau
      • “Dalam Proses Kredit”; atau
      • “Gagal Kredit”.
    13. Selesai.

    *NOTA : Jika status bayaran dipaparkan “Gagal Kredit”, penerima perlu menuntut bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

    MAKLUMAT LANJUT

    Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

    • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
    • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
    • E-mel STR : [email protected]

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

    Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
    Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

    Leave a Comment