SEMAK BUDI95 – CARA GUNA & BERAPA KUOTA YANG BOLEH DIGUNAKAN

SEMAK BUDI95 – CARA GUNA & BERAPA KUOTA YANG BOLEH DIGUNAKAN

Terkini! Kuota Subsidi RON5 yang boleh ditebus oleh rakyat Malaysia melalui penggunaan MyKad (Kad Pengenalan) akan diperbaharui bermula April 2026 untuk penjimatan disebabkan peningkatan harga minyak global yang semakin tinggi.

Bagaimanakah cara guna dan semak kuota budi95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN JKM 2026 : SEMAK KELAYAKAN & JENIS BANTUAN YANG BOLEH MOHON

SEMAK HAD BUDI95 TERKINI 2026

Sebelum ini kerajaan memberikan had subsidi BUDI95 sebanyak 300 liter sebulan. Namun berdasarkan rekod penggunaan BUDI95, rata-rata rakyat Malaysia hanya menggunakan subsidi tersebut tidak lebih dari 200 liter sebulan, serta Kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan penggunaan minyak disebakan peningkatan harga minyak global yang semakin tinggi.

HARGA PER LITERHAD LITER BUDI95 (SEBELUM)HAD LITER BUDI95 (TERKINI)
RM1.99 Seliter300 liter sebulan200 liter sebulan

Info Penting : Bermula 1 April 2026, had subsidi BUDI95 adalah sebanyak 200 liter sebulan.

SYARAT KELAYAKAN BUDI95

Syarat Kelayakan untuk menggunakan Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai MyKad (Kad Pengenalan);
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;

SEMAK KELAYAKAN & BAKI BUDI95

Semakan Kelayakan & Baki Budi95 boleh di semak melalui Portal Rasmi BUDI95 seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan BUDI MADANI RON95 : https://www.budi95.gov.my/eligibility-check?type=individual
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Semakan Kelayakan.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  4. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  5. Seterusnya, tekan butang (Semakan Kelayakan).
  6. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramBUDI95
StatusLayak
Baki Budi95Contoh : 300.000 liter daripada 300.000 liter
Kelayakan Seterusnya1 April 2026 | 31 Hari

CARA GUNA BUDI95

Berikut merupakan cara guna Subsidi BUDI RON95 yang penerima yang layak mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter :

  1. Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima.
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak seperti Setel sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Masukkan amaun yang anda ingin isi.
  6. Kemudian, bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Subsidi BUDI95 anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.budi95.gov.my/

Leave a Comment