SEMAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH 2026
Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) 2026 untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah, kini memasuki pembayaran Fasa 1, dan hanya akan disalurkan kepada penerima yang layak dan berstatus lulus.
Bagaimanakah semakan program sentuhan kasih rakyat? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MY SARA SEMAKAN ONLINE – STATUS KELAYAKAN & BAYARAN TERKINI 2026
PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) ialah bantuan tunai Kerajaan Negeri Sabah secara bulanan (selama 12 bulan) untuk membantu rakyatnya yang terdiri daripada miskin dan miskin tegar, diteruskan untuk sesi 2026 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM339.16 juta, dan dijangka bakal memanfaatkan seramai 140,000 orang penerima.
Tujuan utama program sentuhan kasih rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
Penerima Bantuan PSKR Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
JUMLAH BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan PSKR Sabah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | JUMLAH BAYARAN PER FASA | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 | RM600 | RM2,400 |
SEMAKAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT
Status kelayakan penerima Bantuan PSKR Sabah secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| PADANS Sabah | https://padans.sabah.gov.my/ |
| SYUKUR Sabah | https://syukur.sabah.gov.my/ |
Semakan Status di Portal PADANS Sabah :
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Semakan Status di Portal SYUKUR Sabah :
- Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan PSKR Sabah seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac) | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 (April – Jun) | Belum diumumkan |
| Fasa 3 (Julai – September) | Belum diumumkan |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | Belum diumumkan |
KAEDAH BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Bantuan PSKR Sabah kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq