SEMAKAN BAYARAN MYKASIH 2026 : FASA APRIL
Kini seramai lebih 8.1 juta penerima yang layak menerima bayaran Bantuan MyKasih untuk Fasa April denga jumlah bermula RM50 sehingga maksimum sebanyak RM200 yang boleh terus digunakan untuk menampung perbelanjaan barang keperluan asas harian bagi bulan April ini.
Bagaimanakah semakan bayaran MyKasih Fasa April? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA TARIKH KEPUTUSAN SPM 2025 : SEMAK SEKARANG
TARIKH BAYARAN MYKASIH 2026
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKasih untuk Fasa April yang akan disalurkan kepada penerima-penerima yang layak :
| PLATFORM PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad) | 1 April 2026 (Rabu) |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026
Jumlah pembayaran Bantuan MyKasih untuk Fasa April adalah berbeza bagi setiap kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (FASA APRIL) |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 |
SEMAKAN BAYARAN MYKASIH 2026
Untuk mengetahui sama ada Bantuan MyKasih telah dimasukkan atau belum dalam MyKad anda, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
Jika disahkan layak dan Bantuan MyKasih telah dikreditkan dalam MyKad untuk Fasa April, penerima boleh terus menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut cara seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis yang berdaftar MyKasih (Kedai runcit / pasar mini / pasar raya) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan penerima |
| 4. | Juruwang akan kembalikan MyKad anda dan imbas (scan) barang-barang yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan guna MyKad anda |
| 6. | Jika melebihi jumlah bantuan yang ada, penerima perlu bayar lebihan secara tunai |
| 7. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki Bantuan MyKasih |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.