BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN

BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN

Bantuan Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani isu kemiskinan tegar di Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dilaksanakan secara berfasa, dan pembayaran Fasa 1 kini mula disalurkan kepada penerima yang layak dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah semakan bayaran syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SYUKUR SABAH SEMAK 2026 – ADAKAH ANDA LAYAK TERIMA BAYARAN FASA 1

APA ITU SYUKUR SABAH?

Bantuan SYUKUR SABAH atau Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR), ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah secara bulanan (selama 12 bulan) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM339.16 juta untuk tahun 2026, dan dijangka bakal memanfaatkan seramai 140,000 orang penerima.

Tujuan utama pelaksanaan Bantuan SYUKUR Sabah ialah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar; dan
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2026

Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH 2026

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :

FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN
PER FASA
TOTAL KESELURUHAN
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4
RM600RM2,400

TARIKH & JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :

FASA BAYARANAMAUN BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
RM600

(3 Bulan Pembayaran
= RM200 Per Bulan)
11 Mac 2026
Fasa 2
(April – Jun)
RM600

(3 Bulan Pembayaran
= RM200 Per Bulan)
Belum diumumkan
Fasa 3
(Julai – September)
RM600

(3 Bulan Pembayaran
= RM200 Per Bulan)
Belum diumumkan
Fasa 4
(Oktober – Disember)
RM600

(3 Bulan Pembayaran
= RM200 Per Bulan)
Belum diumumkan

KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH KEPADA PENERIMA

Berikut merupakan cara penerima yang layak menerima bayaran/duit Bantuan SYUKUR Sabah :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima ada akaun bankMenerima duit melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bankMenerima duit secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah

SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH 2026

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :

  • PADANS Sabah; atau
  • SYUKUR Sabah

Semakan Status di Portal PADANS Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

Semakan Status di Portal SYUKUR Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Klik pada butang [Teruskan].
  4. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  7. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH), anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment