BANTUAN JOHOR RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN KASIH JOHOR FASA 3
Kerajaan Negeri Johor menyediakan bantuan tunai secara one-off di bawah Program Bantuan Kasih Johor (PAJ) kepada pekerja Gig di Johor, untuk meringankan beban kos sara hidup disebabkan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
Bagaimanakah semakan bantuan kasih johor rm200 fasa 3? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK BANTUAN SARA RAHMAH : SEMAKAN STATUS BAYARAN SETIAP BULAN DALAM MYKAD
BANTUAN JOHOR RM200
Bantuan Johor RM200 ialah inisiatif Bantuan Kasih Negeri Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) kepada pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar dan aktif di Johor dalam bentuk bantuan tunai yang diberikan secara one-off.
Program Bantuan Kasih Johor dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 |
| Kelayakan Penerima | Pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi yang berdaftar dan aktif di Johor |
| Kadar Bantuan | 200.00 (ONE-OFF) |
| Kaedah Pembayaran | Pemberian secara tunai di DUN masing-masing |
TUJUAN BANTUAN JOHOR RM200
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Kasih Johor adalah untuk :
- Meringankan beban kos sara hidup golongan sasar yang terkesan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
- Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan barisan hadapan ekonomi gig dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JOHOR RM200
Penerima Bantuan Kasih Johor 2026 FASA 3, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
- Bermastautin di Johor;
- Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
- Pemandu e-Hailing;
- p-Hailing;
- Pemandu Kereta Sewa atau Teksi
- Berdaftar dalam pangkalan data Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau syarikat operator yang disahkan oleh pihak berkuasa.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN JOHOR RM200
Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
- Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
- Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
- Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
- Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
- Selesai.
CARA TERIMA DUIT BANTUAN JOHOR RM200
Bantuan Kasih Johor Fasa 3 dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan akan dilaksanakan pada bulan Mac 2026, dan penerima boleh menyemak di Portal Rasmi PAJ https://semakan.paj.com.my | Bantuan akan disalurkan secara tunai di kawasan DUN masing-masing. Lokasi, Tarikh dan Masa (Waktu) penyerahan duit Bantuan akan dipaparkan semasa penerima membuat semakan status kelayakan di Portal Rasmi https://semakan.paj.com.my |
Info Penting :
- Penerima yang layak disarankan untuk memuat turun dan cetak atau screenshot slip pengesahan semakan dari portal rasmi PAJ.
- Individu yang disahkan layak, WAJIB membawa Kad Pengenalan asli bagi tujuan pengesahan dan digalakkan hadir pada masa yang telah ditetapkan.
TUNTUTAN BANTUAN JOHOR RM200
Bantuan akan disalurkan kepada penerima yang layak secara tunai di mana pengagihan akan dilaksanakan di kawasan DUN masing-masing seperti yang ditetapkan semasa penerima membuat semakan.
Sekiranya penerima yang tidak dapat hadir, wakil adalah dibenarkan mengambil duit bantuan seperti berikut :
- Membawa salinan Kad Pengenalan penerima dan wakil;
- Memuat turun dan cetak atau screenshot slip pengesahan dari portal rasmi PAJ;
- Mengisi borang wakil atau borang kebenaran (muat turun di portal semakan PAJ) dan diserahkan
- kepada pegawai yang bertugas semasa tarikh pengambilan tersebut.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan Pengangkutan Awam Johor : 07-5225400
- Portal Rasmi Pengangkutan Awam Johor : https://semakan.paj.com.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor