EBANTUAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Sekitar RM3.1 billion diperuntukan untuk diagihkan melalui Bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) melalui pelbagai bentuk bantuan yang disediakan secara bulanan dan sekaligus untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang memerlukan sokongan kewangan.
Bagaimanakah semak senarai, status kelayakan dan jumlah bayaran eBantuan JKM? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK – SEMAK STATUS BAYARAN TERBARU 2026
APA ITU EBANTUAN JKM?
eBantuan JKM adalah merupakan sistem / portal dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan orang ramai untuk memohon dan menyemak status kelayakan bayaran bantuan yang disediakan secara bulanan dan sekaligus.
Bantuan JKM pula adalah merupakan bantuan tunai yang disalurkan secara bulanan dan sekaligus untuk membantu menyokong kewangan rakyat yang memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu/ bapa tunggal, keluarga miskin atau yang memerlukan bantuan kewangan.
SENARAI BANTUAN JKM 2026
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan beberapa jenis bantuan tunai yang dibayar secara bulanan dan sekaligus mengikut keperluan penerima. Antara bantuan yang disediakan adalah :
- Bantuan JKM Secara Bulanan :
- Bantuan Kanak-kanak (BKK).
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
- Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
- Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT).
- Bantuan Warga Emas (BWE).
- Bantuan Am Persekutuan (BA).
- Bantuan Anak Pelihara (BAP).
- Bantuan Latihan Perantis (BLP).
- Bantuan JKM Secara Sekaligus :
- Geran Pelancaran.
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan.
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
JUMLAH BAYARAN EBANTUAN JKM
Setiap jenis Bantuan JKM yang disalurkan secara bulanan dan sekaligus akan dibayar dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Bayaran Bantuan JKM Bulanan :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM200 – 6 tahun ke bawah RM250 – 7 – 18 tahun (RM1,000 sekeluarga) |
| Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan |
| Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) | RM500 sebulan |
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 sebulan |
| Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM150 sebulan seorang atau RM500 sebulan sekeluarga |
| Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 seorang anak atau RM500 untuk lebih seorang anak |
| Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 sebulan |
- Bayaran Bantuan JKM Sekaligus :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Geran Pelancaran | RM2,700 sekaligus |
| Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan | Tertakluk keperluan |
| Tabung Bantuan Segera (TBS) | Tidak lebih RM300 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN EBANTUAN JKM
Bagi pemohon yang telah kemukakan permohonan salah satu (1) Bantuan JKM yang disediakan, boleh menyemak status kelayakan di eBantuan JKM seperti panduan di bawah :
- Sila layari laman portal rasmi eBantuan JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Portal utama eBantuan JKM akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900220112345.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima Bantuan JKM akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsikan maklumat yang terkini berkaitan Bantuan JKM, sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan JKM, sila ajukan kepada pihak berwajib melalui talian dan faks di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan.