TARIKH CUTI AIDILFITRI : SEMAK BILA CUTI TAMBAHAN SETIAP NEGERI

TARIKH CUTI AIDILFITRI : SEMAK BILA CUTI TAMBAHAN SETIAP NEGERI

Terkini! Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan cuti tambahan kepada semua Negeri sempena Sambutan Hari Aidilfitri agar dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, serta memudahkan ahli keluarga merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bilakah tarikh cuti aidilfitri? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN TUNAI WARGA EMAS – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU AIDILFITRI?

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah atau dikenali sebagai Hari Raya Puasa menandakan permulaan bulan perayaan selepas berakhirnya Ramadan iaitu pada 1 Syawal sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa serta beribadah dengan penuh ketekunan.

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN AIDILFITRI 2026

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun 2026 telah ditetapkan seperti berikut :

TARIKH HIJRITARIKH MILADI
29 Ramadan 1447 H19 Mac 2026 (Khamis)
petang

Cerapan hilal (anak bulan) akan dilakukan di lokasi yang ditetapkan, diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya bagi menentukan awal bulan Syawal.

Tarikh bagi permulaan Puasa (Ramadan) dan Hari Raya Aidilfitri (Syawal) akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media massa seperti RTM TV1 setelah menerima laporan mengenai hasil aktiviti cerapan dari seluruh negara.

TARIKH JANGKAAN HARI AIDILFITRI 2026

Jangkaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026 adalah seperti berikut:

HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAMTARIKH HIJRITARIKH MILADI
Awal Ramadan / Berpuasa1 Ramadan 1447 19 Februari 2026
(Khamis)
Nuzul Al-Quran17 Ramadhan 14477 Mac 2026
(Sabtu)
Hari Raya Puasa / Aidilfitri1 Syawal 144720 / 21 Mac 2026
(Jumaat/Sabtu)

Info : Bagaimanapun, penetapan rasmi 1 Syawal adalah tertakluk kepada proses rukyah hilal pada petang 29 Ramadan serta pengisytiharan oleh pihak berautoriti.

TARIKH CUTI AIDILFITRI 2026

Cuti umum Hari Raya Aidilfitri 2026 adalah seperti berikut :

CUTI UMUM / SEKOLAHTARIKHNEGERI
Cuti Sekolah Tambahan
Hari Raya Aidilfitri
18 Mac 2026 (Rabu)

(Cuti Bermula 18 – 29 Mac 2026)
Sekolah di Semua Negeri
Cuti Tambahan
Hari Raya Aidilfitri
20 Mac 2026 (Jumaat)

(Sekiranya Aidilfitri pada 21 Mac)
Semua Negeri
Hari Raya Aidilfitri Pertama
(1 Syawal)
20 / 21 Mac 2026
(Jumaat/Sabtu)

Tertakluk kepada pengisytiharan
1 Syawal
Semua Negeri
Hari Raya Aidilfitri Kedua
(2 Syawal)
Tertakluk kepada pengisytiharan
1 Syawal
Semua Negeri
Hari Keputeraan Sultan Johor23 Mac 2026 (Isnin)Negeri Johor
Cuti Tambahan
Hari Raya Aidilfitri
23 Mac 2026 (Isnin)

(Sekiranya Aidilfitri pada 20 Mac)
Semua Negeri

Info penting : Bagaimanapun tarikh cuti tambahan Aidilfitri tertakluk kepada tarikh pengisytiharan 1 Syawal.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi berkaitan info semasa disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://web.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/alhamdulillah-saya-telah-membuat-beberapa-pengumuman-khusus-buat-rakyat-menjelan/1516223356525893/?_rdc=1&_rdr#

Leave a Comment